Wednesday, December 31, 2014

Kesiannya update blog sebulan sekali

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Allah.. sebulan sekali je ke nak update blog ni? Kesiannya kamu..

Tak tahu sebenarnya nak update apa. Dah besar, dah kahwin, dah ada anak ni, nak cerita apa pun tak tahu. Kalau dulu masa muda belia, masa bujang boleh la nak merepek apa2 kan. Sekarang ni mood merepek tu datang sebulan sekali gamaknya.

Nanti la ada mood dan masa kita update yang best2 sikit. Cite pasal anak je la yang banyak. Nanti biar dia baca apa ibu dia tulis pasal dia dalam ni. Aku tahu blog ni bukan ada orang baca pun. Kihkihkih. Biar simpan buat diri sendiri dan untuk anak. Laki aku pun aku tak tahu dia tahu ke tidak pasal kewujudan blog ni. Lagi bagus tak tahu. hehe

Ok lah.. Later story mory..

Wednesday, December 3, 2014

Alya: 3 months old

0

Bismillah


Assalamualaikum semua! *Lambaian ayu*




Semalam bawak si debab atas ni pi cucuk.
Guess what??
berat dia dah 7.2kg tapi dia baru 3 bulan.
Terkejut.. Mengucap..

Hahaha

Mana taknya..
Nangis je sumbat susu. Diam
Nak tido je kena sumbat susu. Baru lena.

Nasib baik BMI still normal kalau tak habislah mak kau kena ceramah

Doc suruh meniarap kan dia. Ajar dia. Takut dia lambat meniarap sebab badan berat. 

Memang pun. Kalau dulu boleh je aku mengiring kan dia. Sekarang bila aku letak mengiring badan dia otomatik terlentang balik. Hahaha Muatan berat payah nak pusing2.

Tidor pun doc suruh dia meniarap. 

Baiklah Doc.

Dah deal dgn anak dara sorang ni. 

Disebabkan ibu bekerja, kita ada masa malam sahaja. Setiap malam ibu akan meniarap kan dia sampai dia menangis. Kita belajar pelan2. Practice make perfect.

Untuk tido pun kita akan cuba pelan2 sebab ibu takut sikit bab ni. Takut tak sedar. Buatnya awak tertutup muka kang. Naya je. Kita buat bila siang je bab tido tu. Maknanye on weekend sajo laaa..

Sekarang dia demam, flu dengan cough tapi tak teruk sangat. Masih boleh gelak2 lagi pagi tadi. Maknanya dia masih selesa. Bagi susu ibu banyak2 In Sha Allah oklah sehari dua ni.




Ok. Sekarang.... aku rindu..

Lambat lagi nak balik weiiii!

Wednesday, November 26, 2014

What is your criteria in findings husband?

0

Bismillah

Assalamualaikum

Ini cerita a few days back tapi arini baru nak cerita.

Last few days ada sorang kakak ni bertanya kat aku. What are your criteria in findings husband? maafkan saya kalau grammar salah.

Ermmm.. Well.. agak payah nak menjawabnya. Sebab setiap wanita mempunyai pilihan dan criteria tersendiri. Masing-masing berbeza minat dan pendapat. Ada yang lagi suka bad boys. Ada yang suka stok2 pak imam. Ada yang biasa2 dan ada juga yang tak kesah. Asalkan lelaki tu baik. Sudah..
Itu orang lain. Ok.  Aku tak nak cerita pasal orang lain sebab aku tak tahu apa dorang punya pilihan. Ini cerita aku…

Dulu zaman remaja hingusan, aku minat sangat membaca novel. Minat sangat2 la dan novel pertama yang aku belek adalah novel daripada Ahadiat Akashah. Sape yang peminat novel mesti tahu penulis ni. Famous kot dan novel dia bagi aku memang awesome. Daripada Ahadiat Akashah aku mula mengexplore bacaan aku kepada penulis2 lain. Well, still dengan novel jugak. Aku tak berapa minat bentuk bacaan yang lain. Remaja kan…. Banyak kepada angan fairy tales dan sweet imagination. Huhu

Kebanyakan yang aku baca mempunyai  jalan cerita yang sama. Watak perempuan yang cantik dan lelaki yang hensem giler. Tapi cara pembawaan cerita tu je yang boleh menentukan cerita tu bawa emosi ke tak kepada si pembaca. Ada novel yang memang aku mengongoi menangis. Ada novel yang aku baca setengah je sebab tak best.  Dannnn.. Eishh banyak lah lagi. Tak teringat aku nak flashback balik semua novel aku baca.

Ni apa masuk bab novel pulak ni??? Sebab….. Novel membuatkan kita berangan untuk mendapatkan calon suami yang giler perfect macam dalam novel tu. Sape yang tak nak kan stok2 suami yang macam tu. Dah la hensem. Kaya pulak tu. Romantic pulak lagi. Perghh bahagia gilerrrr.. jujur aku cakap, dulu aku memang nak kahwin dengan lelaki macam tu. Setiap kali baca novel setiap kali tu aku berangan akulah watak perempuan cantik dalam novel  tu.. Hehehe

Berangan kan freeeeee….

Tapi bila semakin meningkat dewasa. Bila dah putus cinta sekali, persepsi mengenai lelaki hensem dan kaya ni berubah dan criteria mencari suami idaman juga berubah. Kita berfikir sebagai wanita matang.

Aku tak lagi nak lelaki hensem gilerrr.. – potensi sebagai seorang playboy tinggi
Aku tak lagi nak lelaki kaya gilerrrr.. – potensi mencari pasangan lebih dari seorang
Aku tak lagi nak lelaki yang romatik gilerrrr… -- potensi mengorat lebih tinggi dan ramai pompuan suka kat dia..

Apa yang aku nak??

Lelaki yang menerima diri ini seadanya. Baik buruk kurang lebih yang ada dalam diri aku ni.
Lelaki yang bertanggungjawab. A family man.
Lelaki yang melihat aku sorang sahaja wanita yang paling cantik di mata dia.
Lelaki yang tahu diri
Lelaki yang pandai jaga pandangan mata
Lelaki yang beriman

Paras rupa dan harta?

Kalau dapat tu bonus lah. Hehe

Dah jumpa ke suami idaman?

Sudah. My beloved husband.

Bukanlah perfect 100%. Tapi cukup apa adanya..

Tak hensem tapi manisnya ada.
Tak kaya tapi cukup makan pakai.
Tak romantic tapi cukup dengan ingatannya.

Eh kejap. Hubby aku ada sikit2 romantic. Suka buat surprise which yang tu aku tak berapa gemar. Tapi I’m okay with it. Kadang2 seronok gak di surprise.

Lepas bersalin ni, badan dah tak macam dulu. Dulu walaupun buncit tapi still tegang. Tapi sekarang buncit jugak tapi kendur. Dah tak mengancam sangat dah. Tapi dia tetap kata aku cantik dan manis. Awww! Maluuu.. Hehe

Tapi dalam puji2 dia ada mengutuk gak.

“Sayang, perut sayang ni cantik lah. Ada corak2. “

Damn! Stretch mark susah nak hilang okay!! Grrrr...

----------------------------------------------------------------

Kakak tu bertanya lagi kat aku. Macam mana nak tahu dia family man?

Ini pendapat aku k.

A family man apabila dia bertanggungjawab dengan keluarganya dan orang sekeliling yang rapat dengan dia. Hubby aku sangat rapat dengan makcik2 dia. Makcik2 yang single kalau ada apa mesti cari hubby aku dan sejak kahwin ni, aku ada 3 rumah untuk dibahagikan untuk tidur hujung minggu.

Ipoh, rumah mak
Sg. Buloh rumah makcik2 dia
Kajang, rumah mak aku

Walaupun aku duduk sekali dengan parent aku sekarang, tapi hujung minggu lah hari berkumpul adik beradik. So, kena consider untuk stay jugak hujung minggu tu.

Hubby aku memang ambil berat pasal apa2 pun dekat makcik2 dia. Walaupun kadang2 tak berkemampuan tapi dia akan cuba jugak untuk adakan.  Kalau dengan keluarga dia, dia buat macam tu, apatah lagi dengan keluarga dia sendiri kan? Dari situlah bertambah cinta aku kat dia kot. Heee maluuuwww.. 

-------------------------------------------------------------

Jangan hanya angankan bahagia setahun dua. Sebagai wanita kita kena angankan untuk bahagia sehingga akhir hayat.

Jangan cari sempurna tu tapi cari yang akan menyempurnakan.

--------------------------------------------------------------
Kita wanita lagi tinggi risiko untuk ditinggalkan. So, fikirlah elok2.

Aku pun tak tahu lagi 5,10 atau 20 tahun akan datang macam mana. Kekal ke jodoh dengan suami. Akan bahagia ke lagi  bila dah selama tu kahwin? Aku tak letak impian yang tinggi sebab aku tahu Allah boleh je tarik bila2 masa yang dia mahu. Aku just boleh berdoa je moga kebahagiaan dan cinta antara aku dan suami aku bertahan selamanya dengan niat kerana Allah s.w.t. itu je termampu boleh buat selain dari usaha untuk kekalkan bahagia tu.

Pengalaman aku dalam rumah tangga tak banyak pun. Masih dalam fasa mencari dan menggali. Baru 1 tahun kahwin. Orang suruh bagi pendapat pasal rumah tangga pun tak layak lagi ni. Buat malu je kalau kita sebok bagi nasehat kat orang tapi pengalaman rumah tangga baru setahun jagung. Malu3!!.. Yang pasti! Kita kena cerewet dalam mencari suami. Jangan cari yang hanya nampak cantiknya sekejap tapi deritanya berpanjangan. Nak cari yang perfect, kena perfectkan diri dulu. Ok! Sama2 kita muhasabah diri.

Pada yang single, suamimu ada dekat luar tu. Cuma Allah yang tentukan jodoh tu bila sampainya. Lambat atau cepat. Kalau sampai ke sudah tak berjodoh, In Sha Allah di syurga nanti menanti. Jangan kusutkan fikiran. Lantak apa orang nak kata. Jodoh tu rahsia Allah. Berdoa je. Enjoy your single life. Nanti dah kahwin rindu zaman bujang --- >Macam aku. Haha. Dann.. Pilihlan calon suami untuk bahagia lama k.

Yang dah berkahwin, sama2 kita korek lagi rasa bahagia tu ye. Semoga rumah tangga kita berbahagia sampai akhir hayat. In Sha Allah.



^_^

Tuesday, November 25, 2014

Adek beradek

0


Bismillah

Assalamualaikum.

Aku ni anak bongsu daripada 8 orang adik beradik. Aku ada 4 orang abang dan 3 orang kakak. Sorang abang aku dah meninggal masa aku 13 tahun disebabkan oleh kemalangan. Abang yang paling baik dan rapat. Allah lagi sayangkan abang aku. Dia amik arwah abang aku awal. Al-Fatihah untuk arwah abang aku, Hifny.

Disebabkan aku palig kecik, aku selalu kena buli dan kena bantai. Arwah abang aku je yang tak pernah nak marah2 dan pukul aku. Dia baik. Yang lain semua kaki hamun dan panas baran. Ini bukan main-main. Ini reality. Masa kecik aku sangat benci dan takut abang2 aku yang lain dan akak aku atas aku. Suka cari pasal dan marah-marah. Aku ni dah la manusia paling sensitive dulu2. Cepat sentap dan terasa. Cengeng yang amat. Dorang pun geram gak sebab aku ni manja dengan mama dan abah.

Aku suka bila dorang duduk asrama. Tak balik pun takpe. Hehe tapi sekolah kan kena balik 2 minggu sekali. Bila dorang balik je aku tak pernah senang hati. Aku tak bebas dalam rumah tu dan aku kena beralah bagi bilik untuk dorang tidur dan aku kena tidur luar. Bilik pulak tak cukup. Terasa macam orang nomad di rumah parent sendiri. Benci.

Benda ni berlarutan sampai lah aku masuk Matrikulasi.

Sekarang?

Bila masing-masing dah kahwin dan makin tua, perangai sorang2 berubah. Dah tua agaknya kan. Nak marah-marah sangat dan nak hempuk tu dah tak larat sangat kot. Haha! Anak pun makin bertambah. So bila dah jadi bapak ni hati jadi lembut sikit. Alhamdulillah. Kesah kena hempuk tak berlarutan tapi stilllll…. Aku tetap kena buli dan sakat WALAUPUN aku dah kahwin sekarang.

Tapi sekarang kena buli dan sakat takdelah nak terasa macam dulu2. Kadang-kadang saje je buat2 tak puas hati. Kalau tak dorang lagi suka menyakat. Malas dah nak sensitive over2 sangat ni. Dah besar ni dah makin lali tapi ada gak kekadang tu termerajuk sebab kadang2 dorang ni over sangat menyakat. Sentap hati mak. Kan hati tisuuuuuu..

Sekarang ni dah boleh la sikit berkerjasama. Aku dah tak benci dah kalau dorang balik rumah. Hehe. Lagi nak dorang balik ada sebab nak main dengan anak2 buah plus kak2 ipor pun sporting2 semuanya. Kitorang ada group whatsapps sendiri dah. Apa2 semua update dalam tu. Termasuklah mama abah join sekali.

Alhamdulillah. Gaduh2 tu biasalah. Ada je jugak lagi. Hehe. Sensitive ni tak boleh nak buang habis. Memang perangai yang dah sebati dengan diri kan. Tapi tu lah. Adik beradik kalau gaduh pun muka kau jugak aku akan tengok. Gitu…

Orang kata air dicincang takkan putus? Ha macam tu lah. Sekarang semua dah aman. Harap berbahagia lah adik beradik sampai ke sudah. Aminnn….


Tuesday, November 18, 2014

Pengalaman Bersalin Anak Pertama - My baby girl

1

Bismillah..

Assalamualaikum..

Allah.. lamanye tak jenguk blog kesayangan ni. Ada anak ni semua dilupakan. Hehehe. Maaf la ya.

Maybe this will be my longest entry. Lama nak mengarang ni. Berhari-hari sebab nak ingatkan balik detik-detik nak melahirkan kesayangan baby girl aku. Baru 2 bulan si kecik tu tapi maknya ingatan macam dah tua sangat. Huhu. Ini baru satu urat terputus sebab baru melahirkan sorang. Kalau dah berorang-orang nanti. Mak aihh.. Jadi apa tak tahu. Huhu..

Alhamdulillah, tanggal 1 September 2014; hari Isnin pada kandungan aku berusia 39 minggu 2 hari, aku selamat melahirkan seorang puteri secara normal di KPJ Kajang. Menahan contraction selama 8 jam dan meneran selama 10 minit memang saat yang tak dapat la aku lupakan. Kelahiran pertama ni memang sangat mendebarkan. Anak 1st kan. Sapa yang tak debar. Debar sampai darah aku naik dan jantung baby pun laju masa dalam perut tu. Atas sebab-sebab tu aku terpaksa di induce dan tak dapat nak merasa contraction secara natural. Kalau induce kan contraction tu kan akan rasa lagi sakit. Macam nak patah pinggang masa tu, Tuhan je yang tahu. Nasib baik ada suami tercinta di sisi untuk bagi semangat.

Kronologi keadaan:


31/8/2014
Aku dah start rasa mild contraction dalam tengah hari. Rasa macam senggugut2 manja gitu. Tahan lagi sampai la lepas maghrib aku dengan hubby decide untuk pegi KPJ. Ingat nak tggu betol2 sakit baru nak pegi tapi suami insist suruh pegi jugak takut jadi pape, So I follow.. Saat2 macam tu tak berani nak melawan suami. Hehehe..

Nak dipendekkan cerita. Malam tu jugak aku di tahan di labour room KPJ Kajang di tingkat 3. Di pasangkan CTG semua dan lain-lain procedure sebagai orang yang akan bersalin. Saat tu aku dah takut. Macam-macam la dok fikir. Dah time ke? Anak nak kuar dah ke? Aku dah sedia ke?. Tiba2 rasa macam tak sedia je nak hadapi proses bersalin tu padahal tahu sebelum tu anytime je baby nak keluar. Dan masa tu jugak la terfikir. Macam mana aku nak jaga anak aku? Layak ke? Boleh ke?. Pooodacit tau masa tu. Masa proses dengan suami dulu tak nak fikir. Hahaha.. Ok 18sx...So, bila fikir punya fikir, setiap kali nurse cek tekanan darah tinggi, tekanan tak turun2. Bukaan masa tu baru 1cm. Dah tekanan tak turun-turun, nurse tak berani bagi balik sebab takut jadi apa-apa pada aku dan baby dalam kandungan. Padahal kalau nak diikutkan boleh je balik dulu sebab bukaan baru 1cm kan dan orang kata anak pertama ni lambat sikit bukaan dia. Masa tu memang dah redha je leee. Kene la stay. Barang-barang semua memang memang dah standby awal2 dalam kereta.

Malam tu tak ada apa-apa yang jadi. Boleh tidur macam biasa ditemankan suami tercinta. Kesian suami aku. Tak sempurna tidur dia sebab tidur atas kerusi je tapi takpelah. Susah senang kena sama2 katanya. Hehe. So, anak merdeka tanggal 31/8 tak berjaya dihasilkan. Huhu

1/9/2014
Pagi tu pukul berapa aku tak ingat padahal dah tengok jam dah untuk nak ingat waktu tu. At least boleh tulis dalam blog. Tapi haram nak ingat balik. Hehe. Bukaan dah buka 4-5cm. Aku macam...Lambatnyeee.. Tetiba tak sabar nak lepas semua ni.

Dalam pukul 2 petang, air ketuban aku dipecahkan dan aku di induce. Banyak jugak air ketuban yang keluar dan selang beberapa jam lepas tu, bermulalah saat-saat contraction yang menyakitkan. Suami memang aku tak bagi dia lepas dalam pandangan. Aku bagi dia lepas untuk solat dan makan je. Lain dari tu aku tak bagi dia keluar. Kalau dia keluar aku suruh dia cepat2 balik. Masa mak aku datang dan tunggu kat luar pun, aku tak bagi dia jumpa mak aku. Aku jadi ngada-ngada nak dia je depan mata aku. Ooo sangat emosi masa tu. Aku perlukan kekuatan dari dia.

Masa contraction yang kuat, baju kemeja kesayangan dia memang aku tarik-tarik dah. Tak peduli dah kesayangan ke apa. Yang aku tahu, aku sakit dan kemeja dia adalah tempat untuk aku meluahkan rasa sakit tu. Terjerut sikit la leher dia sebab aku tarik dekat bahu dan kolar baju. Hehe. Sian laki aku.

Pukul 5 petang sampai ke malam memang contraction tahap petala punya tak hengat. Ya Allah, aku dah mengerang dan menahan macam apa dah. Tak sangka pulak sampai macam tu sekali sakitnya contraction tu. Suami aku jelah nampak penderitaan aku tu. Saat tu barulah tahu macam mana siksanya nak beranak ni. Macam mana mama dok menahan nak beranakkan aku. Pinggang aku masa tu macam kena gelek dengan buldozer (tak tahu eja) rasanya. Suami pun tatau nak buat apa dah. Dia just cakap sayang kuat, sayang boleh… Tapiiii yang peliknya aku tak ada lah menangis sangat. Kuar air mata manja je. Sikit2 tu. Pelik la jugak. Kuat gak aku ni ye. Hehehe..

Owh untuk pengetahuan, aku tak amik epidural pun. Aku memang berazam tak nak amik epidural. Orang kata kesannya bila dah tua nanti akan sakit belakang. Lagipun aku nak rasa sendiri macam mana rasa sakit contraction tu. Sakittt woooooo..semacam menyesal tak amik epidural pun ada.. Hehe. Yang bagusnya, nurse KPJ pun tak tanya aku nak amik epidural ke tak. Kalau dorang tanya time aku sakit ritu confirm aku angguk laju2. Hehe. Dorang just bagi gas untuk sedut je untuk kurangkan sakit tu. Memula tu ok la. Lepas2 tu aku tak rasa pun perbezaannya. Abang aku sebelum tu ada ajar cara sedut dia sebab dulu dia keje company yang jual alat2 perubatan ni. Aku tak tahulah aku yang salah teknik ke mesin gas tu yang tak berfungsi. Yang pasti gas tu buat aku laloq nak tido tapi dorang tak bagi aku tido. Acane tu. Huhu. Aku rasa khayal yang amat. Agaknya orang yang isap dadah tu rasa macam aku rasa tu kot. Hehe..

 Aku dah menahan contraction hampir 6 jam. Masuk maghrib aku dah cakap kat nurse aku tak tahan aku nak berak. Aku dah banyak kali meneran dah sebelum tu tapi nurse suruh aku tahan tahan tahan. Tahan hek dia la.. Aku nak berak kot. Adoiyaiii.. Nurse seluk pepet dia kata dah buka 8cm.. Dorang dah get ready dah untuk sambut baby aku tapi aku tak boleh lagi meneran masa tu. Tunggu doctor datang satu hal lagi. Seksa tau tak. Ko nak berak tapi orang tak bagi.. Hishhh..

Bila doctor sampai, aku memang dah siap sedia sangat nak teran. Aku tak fikir apa dah masa tu. Fikir nak berak je. Kaki aku di angkat dan suami aku kat sebelah dah ready untuk bertarung bersama-sama dengan aku. Bila dorang suruh push je, aku push sekuat hati tapi nafas aku ni pendek. Tak boleh nak push lama-lama. Bukan main lagi dalam bilik tu. Rasa ada 3 orang nurse dengan aku tapi riuhnya aku rasa 10 orang. Hehe. Doctor pun sama-sama dengan nurse tu sorak suruh push. Dialog dia aku ingat lagi..

"haaa push2!!.pandaiiiii push lagi..sikit lagi kepala baby dah nampak..bagus2 push lagiii!!!"

Hahaha.. ha tu la dia. Aku rasa dialog tu semua sama je kot dalam mana-mana labour room. Hehe.

Akhirnya selepas push selama 10 minit, pada 1/9/2014 tepat jam 8.26pm aku selamat melahirkan puteri kesayangan dengan berat 2.52kg secara normal. Alhamdulillah.. Berakhir sudah seksa contraction dan meneran.

Berat anak aku agak mengejutkan bagi aku sebab last scan berat dia 2.9kg. Ingat bila beranak jadi 3kg. Patutlah senang je nak keluarkan dia. Hehe.. xpelah janji dia sehat..


Hasil daripada keluarkan dia, aku dapat banyak jahitan. Masa tengah menjahit tu, doctor macam seriau siap cakap kuat "long and deep!" hahaha.. Panjang woo jahitan aku. Berapa jahitan aku tatau. Takut nak tanya sebab lama jugak lah aku mengangkang lepas meneran tu. Doc siap angkat kaki letak atas katil lagi. Punya payah nak menjahit tu. Hehe.. Deep tu nurse kata mungkin sebab aku teran kuat sebelum masanya tadi. Dah la long and deep pastu koyaknya bukan lurus. Bengkang bengkok. Tu yang lagi buat doc payah nak jahit. Huhu. Agak seksa aku lepas2 tu. Nak buat apa semua payah. Macam beranak C-zser pulak rasa. Huhu..

Dalam tengah menjahit tu, aku sebenarnya tengah mamai dan penat. Terdengarlah borak2 antara nurse ni sambil2 dorang cuci aku. Dorang katalah aku bagus tak amik epidural. Dah la anak pertama tapi tak amik epidural. Bla3 macam2 la dorang puji aku. Hikhikhik. Hari yang sama, hanya aku dan sorang lagi bakal ibu je yang tak amik epidural untuk kelahiran pertama. Kira susah la kot dorang nak tengok orang tak amik epidural ni. Dalam dorang cakap pasal epi tu barulah aku terfikir napelah aku tak amik masa tengah sakit giler tadi. Hehehe..

Papepun, Doc dengan nurse KPJ Kajang memang best! Selama aku berurusan dengan dorang sebagai patient, tak ada pun rasa kecewa. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Anak kedua boleh lah kot nak beranak lagi kat sana. Hehe.

Jom layan gambar pulak..

Nak tayang gak ni. Terjahan makanan favourite sebelum pergi hospital
Single labour room. Payah sikit nak dengar orang lain menjerit. Kurang sikit cuak..
Suami tercinta.. Peneman setia

Finally, Alhamdulillah after 9 months pregnancy, lahirlah our precious baby girl.
ALYA NUR NAZIHA ^_^

P/S: Sebarang typo atau kesalahan ayat harap diabaikan ye. Malas nak baca semula and edit. Hehe




Sunday, October 5, 2014

Anak aku dah 35 hari..

0

Bismillah

Assalamualaikum


Wowieee.. lama x update. Maaf la teman. Busy mengadaptkan diri untuk pengalaman baru.

Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan baby girl pada 1 sept yg lepas jam 8.26pm secara normal.

Anak aku dah pun 35 hari harini. Tak lama lagi nak abis pantang. Kalau ada kelapangan aku nak tulis pengalaman bersalinkan anak aku. Untuk ingatan dan mungkin akan simpan sebagai bacaan anak aku akan datang. Biar dia tau susah payah ibu nak lahirkan dia. In Sha Allah.

Anak aku tidur ni. Tengah malam satgi siap sedia lah. Hehe. OK lah. Bye!

Monday, September 1, 2014

Alya

0



Alya 

Birth date: 1/9/2014 (Monday)

Time: 8.26pm

Weight: 2.52kg

Height: 42cm

Birth place: KPJ Kajang

Cucu ke-14 pada atuk dan nenek

Cucu pertama pada opah

Thursday, August 21, 2014

Macam-macam Cerita: Pregnancy 37weeks - Raya 2014 - Masak2 - Stroller

0

Bismillah
Assalamualaikum Semua!!

Woooo..2 minggu jugak aku mengabaikan blog ni ye. Minta maaf la tempat luahan perasaanku. Macam biasa. Kemalasan melanda. Rajin baca blog orang ada. Nak mengupdate blog sendiri tak daya pulak. Huhu.

Takpelah. Harini kita jenguk awak ye. Kita story mory ye sayang.

Hari ini bukan nak cerita satu cerita tapi banyak cerita!. Banyak tu aku tatau berapa. Mungkin 4 cerita atau mungkin 2 sahaja. Kita tengok pada....?? Pada tahap kerajinanku. hehehe


Cerita pertama: Pasal Pregancy 37 weeks.

Actually dah nak masuk 38 minggu dah sabtu ni. Kejap je kan. Haritu baru update pregnancy 35 minggu. Tetiba ni dah nak masuk 38 minggu. As you all can see dekat atas sana. Hari ni kandungan aku dah cecah 37 minggu 5 hari. Apa perkembangan terbaru? Ada perkembangan terbaru tapi yang scary punya saja.

Masa 36 minggu after raya aku ada checkup routine macam biasa la kan. Kan masa puasa berat turun. So, bila dah masuk raya tu, dengan makan sedap, dengan open house sana sini lagi, ape lagi balun la kan. Balun pun bukannya teruk sangat. Aku makan semua tapi dalam kuantiti yang sedang2 lah kecuali pada kuih raya kegemaran. Choclate chip dengan tart. Ituuuu aku balun banyakk.. Huhu.. Tak tahan wooo.. Itu setahun sekali baru dapat tu yang sedap macam tu. Bulan lain takde sebab orang yang buat tu, buat time raya je. Tak menangis ke aku kalau tak makan? Heee..

Dibalikkan cerita, masa checkup berat naik mendadak giler woii! Terkejut aku. Aku bajet memang la naik tapi takdelah banyak macam tu. Terkejut aku terkejut lagi nurse yang aku jumpa tu. Siap suruh timbang 2 3 kali. Tapi timbangnya keluar nombor yang sama jugak.

Result Checkup 36 weeks:
Hb: 12.3
Bp: 114/78
Urin Sugar: B
Tinggi Rahim: 36sm
Berat: Rahsia!!! Gerun nak tulis sini.. Hua3!

Last2 aku diarahkan untuk berjumpa doktor. Sedia maklum la ye. Jumpa doc dekat KKM ni bila nurse tu rasakan ada kes je. Kalau tak menghadap nurse je la sepanjang checkup tu. Masa puasa aku jumpa sebab berat turun. Lepas raya jumpa sebab berat naik. Alahai. Macam2 betul. 
Sebagai kesimpulan, Doc suruh aku cek Blood Pressure (BP) setiap selang sehari. Takut at the end kene High BP. Allah.. pulak dah.. Datang pulak benda lain. 

Symptom  High BP pada preggy mummy:
Kencing kotor
Berat naik mendadak
Kaki bengkak
Mata berpinar-pinar
Pedih ulu hati
Rasa nak muntah atau loya

Itulah sebahagian tanda2 yang doc bagitahu aku. Kalau nak kata kaki bengkak memang dah hujung2 ni kaki aku bengkak2 tapi sesetangah doc kata itu normal. Kita tengok symptom lain pulak. Kencing kotor ada sikit. Berat naik mendadak tu confirm la adakan. Aku cerita awal tadi.  Yang lain2 tu, takdelah pulak. Alhamdulillah. 

Sepanjang aku check BP selang sehari ni, Alhamdulillah BP aku normal tapi doc kata last2 boleh jadi jugak. Tetiba dia naik. Ya Allah.. seram sejuk aku dengar. Sekarang ni lepas solat je minta kat Allah jauhkan lah benda2 yang mudaratkan aku dengan baby aku. Aku nak bersalin normal woii.. huhu.

Dugaan Allah nak bagi kan. Kita tengok la nanti macam mana. Harap2 semua ok.

Hari ni aku ada checkup untuk 37 minggu punya pulak. Doakan saya. Huhu


Scan 3D anak saya! Comel tak saya?? Hehe
Cerita kedua: Preparation

Cerita pasal preparation ni ringkas sahaja. Saje nak bagitahu aku teruja masa kemas beg untuk anak aku ni. Terbau-bau bau baby dalam bag ni. Arghhh tak sabarnya nak jumpa baby!!

Bag baby dah kemas. Bag aku entah bila nak kemas. Huhu

Add caption
Cerita Ketiga: Pencarian Stroller

Hari tu saje lah aku amik cuti satu hari. Hubby nak jalan2 cari stroller untuk anak kesayangan. Dari hujung utara dunia sampai lah hujung selatan dunia kitorg pergi. Ok tipulah tu. Round2 dekat Jaya Jusco Wangsa Maju dengan OU je pong. Hehe.

Kitorg bukanlah nak beli terus. Saje usha2 dulu. Survey2 mana yang best. Kitorg sebelum ni memang dah lama la usha brand SCR. Itu je brand yang kitorg rasakan ok dan affordable. Nak usha brand Quinny just setakat usha je lah. Nak beli? Ermm takpelah. Kita beli SCR je lah. Huhu

So, dari SCR 1 sampailah SCR 12 kitorg tengok. Ciri2 yang kitorg nak tu memang dah set dalam kepala lah. Kalau boleh biarlah recline sampai abis. Senang letak baby. Pastu boleh menghadap depan belakang. Lepas tu tayar tak besar sangat. Hubby aku minat SCR 6 sebab dia macam compact sikit compare dengan yang lain berdasarkan ciri2 yang kitorg nak tu tapi aku tak suka la tayar dia. Gedabak sangat kot tayar belakang dia. Me don't like. Sekali nampak SCR 12. Well.. Besar sikit la seat dia kan tapi tayar dia sedang elok pada pandangan mata aku. Hubby aku pun cakap ok gak.

Tapi kitorg tengok2 je dulu. Belum final decision ag. Lepas beranak nanti kot baru decide nak beli yang mana.



Cerita Keempat: Masak-masak

Hubby dah balik kan sempena nak beranak ni. So kenalah mulakan balik aktiviti memasak ni. Ini ikut yang termampu je lah. Kalau larat masak. Kalau tak bibik saje yang masak. Memandangkan sebelum raya haritu, nurse bising darah aku rendah, so haritu ajak lah hubby shopping barang dapur siki. Nampak la pulak kerang kan. Ape lagi.. Kita borong 1kg. Kerang yang tak kupas lagi ye. Eh jap.. panggil kupas ke? Muahaha..Aku tak tahu lah nak panggil apa. Yang keluarkan isi dia tu. Dengan bantuan mama, berjayalah keluarkan semua isi 1kg kerang ni. Almaklumlah, ibu mengandung cepat sakit pinggang. Kenalah minta bantuan orang lain. Nasib baik mama volunteer nak tolong. Alhamdulillah. Dengan kulit nampak banyak sangat. Bila dah keluarkan isi, banyak macam kat gambar bawah ni je. Alahai comel sangat kerang2 nya. Tak kesah la. Janji ada kan.

Actually ini first time nak masak kerang ni. Sebelum ni ayam ikan daging je. So, kita cubalah ye. Sebelum kupas tu, aku rebus dulu kerang tu dengan serai dan asam keping. Bagi hilang rasa hanyir dan tak sedap dia. Pastu tambah garam sikit. Akak aku makan gitu je lepas rebus sedap katanya. Tak payahlah masak sambal. Ceehhh.. Kita niat nak masak sambal.

Sambil nak tunggu rebus tu, lamalah jugak. Aku rebus dalam 20 minit. Bagi betul2 ok. Aku sediakan dulu bahan2 nak masak sambal. Masak sambal kot. Takkan lah korang tak tahu. Huhu.

Lepas satu jam, jadilah sambal kerang aku ni. Sedap nampak sedap kan tapi ada slek satu je. Terlebih manis. Hahha. Tah apa mimpi pulak aku terbuat kerang sambal ala kelantan. Terlebih gula pulak. Yang hubby aku siap la berulang ulang cakap sambil makan tu.. "rasa macam makan kat Kelantan". Memang mengundang betul hamba Allah sorang tu. Sabo je lah. Nasib ler aku rajin masak time tu. Rasalah jugak air tangan aku kan. Mogok tak nak masak dah kang baru tahu. Huhu

Ada menu lain jugak aku masak tapi yang ni je aku amik gambar sebab 1st time masak kerang. Korang hadap je la kerang ni ye.



Cerita Kelima: Raya 2014

Eh ada 5 cerita la entry ni. Hahah. Kebanggan pada diri sendiri. Gagah juga aku habiskan sampai 5 cerita ye. Bertuah laaaaa..

Susunan pulak kucar kacir. Lantak pi. Malas aku nak susun. Bacalah macam mana pun. Huhu

Ok. Raya tahun ni adalah raya tahun berkumpul. Tahun lepas dah memasing raya umah mertua kan. Biar adil dan saksama ok. Tahun ni Alhamdulillah cukup korum. nasib hubby balik kalau tak memang tak cukup sorang.

Tema tahun ni aku yang suggestkan. Mimimimi. Dan semua setuju. Bagus. Mendengar kata mak buyung korang semua. Sebenarnya aku sajes kaler biru gelap. Adalah pulak sorang dua pegi beli kain biru terang pulak. Mendengar kata tapi tak mendengar arahan dengan teliti. Not good tu ok. Tapi..alahai.. tak kesah lah. Asalkan tak lari dengan kaler biru.

So, pagi raya dimulakan dengan mandi sunat hari raya ---> solat raya. Lepas solat raya buat rutin biasa iaitu beratur untuk minta maaf dan minta duit raya. Clan dah bertambah. Cuba bayangkan macam mana riuhnya nak panggil sorang2 nak suruh beratur. Panjang pulak beraturnya tu. Aku anak bongsu lagi lah.

Dah salam2 nangis2 semua tu, sambil2 tunggu sedara mara yang lain datang, masa untuk makan pulak. Ini part best. Lepas sebulan tak makan time pagi macam tu, nikmat dia lain tau. Alhamdulillah.

Dah habis cerita raya 2014. Muahaha. Nampak sangat aku dah malas nak tulis. Bukan habis takat ni je. Aktiviti tu panjangggg tapi aku tengah kejar masa ni. Maaf la ye. Untuk raya tahun ni aku cerita takat tu je lah. Ok? hehehe.. Bye2 U ollllsssss.
 



Tuesday, August 5, 2014

Pregnancy: Checkup 35 minggu

0

Bismillah

Assalamualaikum...

Mak aih punyalah lama tak berupdate blog ni ye. Kemalasan dah melanda kembali. Dengan perut yang semakin berat dan sarat. Haruslah bertambah berganda kemalasan itu.

Cuti raya selama seminggu pun dah selesai tapi tak ada mood mahu update pasal raya. Mahu cerita pasal pregnancy sahaja.

Semalam checkup dekat KPJ. Bertemankan suami yang sudah pulang [Alhamdulillah], pukul 7.30am bergerak ke KPJ dengan harapan parking kereta masih banyak lagi. Alhamdulillah parking banyak sangat. Sedekat-dekatnya dengan pintu suami parking. Tahu dengan kemalasan si isteri yang malas nak jalan jauh. Hehehe. Bukan malas. Tak larat je. Dengan kaki yang membengkak, badan yang mengembang, perut yang makin ke depan dan sarat, tak larat cik kak nak berjalan jauh2. Jalan pun makin slow motion sekarang. Huhu

Sampai KPJ hampir pukul 8am. Ambil no dan air kencing semua, bergegas pergi ke kafeteria pulak. Lapar dik non padahal semalam lewat jugak lah melantak nasi. Baby semakin rakus sekarang menyerap makanan dari ibunya. Tak apelah. Ibu suka kau membesar dengan jayanya anakku. Tapi janganlah besar sangat. Payah nak meneran nanti. Huhu

KPJ ni checkup dia simple sahaja. Amik air kencing, tunggu doc dtg, tanya pasal vitamin, scan dan siap!. Takde meleret-leret. Yang amik masa lama just nak tunggu doc datang je.

Hasil checkup dan scan semalam, berat naik 5kg. Penangan raya. Semua aku bantai dan itu hasilnya. Gula normal. Result gula ni aku tak risau sangat sebab kelmarin hari sebelum checkup aku dah cek tahap gula aku guna abah aku punya alat cek gula tu. Abah kan ada kencing manis, so, abang aku ada belikan alat glucos untuk abah cek tiap2 pagi sebelum makan. Ini untuk kontrol tahap gula la. Kalau tinggi, silalah jaga makan satu hari tu. Result untuk blood pressure pon normal jugak. Alhamdulillah. Disebabkan semua normal, doc pun tak cakap banyak. Oh pasal berat tu pun doc tak bising sebab masa puasa pun aku turun berat 2kg. So normal la raya naik banyak. Hehe

Hasil scan baby pulak, Semua pun Alhamdulillah normal. Berat baby dah 2487g bersamaan 2.5kg lah. Air ketuban cukup. Kepala baby dah kat bawah. Jantung ok. Ukuran kepala ok. Semua normal! dan doc pun tak cakap banyak. Oh yeee.. Doc cakap tulang baby panjang. Mesti tinggi macam maknye. Hehehe.. Ibunya ada kaki model tau. Jangan tak tahu. Tapi kaki model yang tembam la. Hehehehe.

Aku bagitahu yang baby tinggi ikut aku kat hubby aku. Tak puas hati pulak dia. Hubby aku tinggi2 aku je. So dalam kalangan laki dia kategori rendah la kan. Dia tak puas hati sebab kata tinggi macam aku. Kena cakap tinggi macam kami berdua. T___T.. Nak jugakkkk.. Hehehhe. Tak nak ngaku rendah la tu. Hahaha. Matiklah kutuk hubby sendiri. Hehe

So, doc jangkakan aku akan bersalin lagi 3 minggu. Macam mana dia estimate tu jangan tanya aku. Aku pun tak tahu. Lagi 3 minggu doc estimate?? Waaaaaa!! nak menangis!! takut!!!!

Ya Allah permudahkan lah segalanya. Nak kawen.. Nak ada anak sangat kan.. Face it la Nani!!!




Thursday, July 17, 2014

Pregnancy: Simptom third trimester (32 minggu)

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kehamilan aku dah cecah 32 minggu. Dup dap dup dap lagi 8 minggu je nak bersalin. Harap-harap la sempat nak menunggu kepulangan suami yang jauh di lautan tu. Tiap-tiap hari tak berhenti bercakap dari hari tu dengan baby suruh keluar bila ayahnya dah balik.

Dah masuk 32 minggu ni terasa badan lagi mengada-ngada. Aku tak tahu lah orang lain kan tapi badan aku ni tak tahu lah terlebih manja ke apa. Aku tengok kak ipar aku mengandung sebelum ni elok je 8 bulan tu dia pergi shopping merata. Gagah lagi dok berjalan. Tapi dia anak ke 4 la. Entah lah. Condition badan orang lain-lain kan.

Yang aku kata mengada-ngada tu adalah disebabkan keletihan yang melampau lampau lampau. Buat kerja sikit aku dah rasa penatnya macam pergi bertukang. Pergi buat kerja buruh kasar tu. Mengada idok? ke normal? Aku rasa normal dan dalam masa yang sama mengada-ngada.

Ada sekali tu, dalam minggu lepas jugak la. Aku dah lama tak memasak kan. Konon saje la nak buat pancake untuk berbuka. Ye.... orang buat pancake tuk breakfast aku buat tuk berbuka. Dah time sahur recycle lauk semalam je, mari kita elakkan dari perbuatan membazir. *padahal malas*. Ok, lepas tu aku prepare la semua bahan. Tuang asing mane yang patut. Akak aku tolong gaulkan. Tengah dok berdiri tu, Allah... tetibe rasa penattttttt sangat. Terus duduk. Aku kalau dah penat dia sampai tahap mengah nafas mencungap, aku kena baring. Tapi dah mende tak siap lagi takkan nak baring kot. Gagah la juga sampai pancake tu siap. Naik2 atas terus baring. Allah... rasa lega dia Tuhan je yang tahu.

Pada sesetengah orang yang tak paham atau tak alami pengalaman yang sama masa mengandung macam aku ni mungkin la mengata macam2 kan. Tapi Wallahi, rasa tu bukan sengaja dan bukan di buat-buat. Kalau ikutkan, aku banyak benda lagi nak buat. Aku nak sental bilik air yang berkerak tu. Aku nak kemas beg baju aku dengan baby. Aku nak buat housekeeping dekat bilik aku tu. Aku nak kemas almari aku. Aku nak ini aku nak itu. Senang cerita aku nak tenaga untuk buat semua tu tanpa menyusahkan orang. Tapi tak boleh! Untuk setengah jam pertama tu mungkin boleh lah. Lepas tu confirm aku tinggal benda tu terbengkalai macam tu je, Aku tak suka buat benda separuh jalan! Sakit mata! Sakit hati! Lagi2 aku nak pantang nanti kan. Confirm la time tu tak boleh nak bergerak sangat. Habis tu macam mana? Tak tahu lahh..

Mungkin jugak sebab bulan puasa kot. Badan tak cukup tenaga kan. Aku try la positifkan diri dengan berkata-kata begitu pada diri sendiri. Huhu. Kita tunggu lepas raya ni. Kalau letih juga tu, memang pembawakan budak la. Kalau tak, Alhamdulillah. aku boleh la buat projek2 yang aku senaraikan atas tu at least sebelum aku beranak.

Pengalaman anak sulung juga kan. Mungkin cara pembawaan badan tu aku terbawa-bawa jugak kot. Entahhhh. Banyak sangat kemungkinan. Yang pasti, asal anak aku tak effect dah la. Biar aku yang penat tapi dia sihat walafiat. Ameen.. Mungkin anak kedua ketiga lain rasanya. Tu awal sangat nak cakap. Sembang kemudian. Huhu

Semalam aku pergi klinik. Mintak mc kat doctor. Kepala lagi pusing. Semua benda yang aku tak selesa aku tanya doctor. Siap mintak jalan penyelesaian or any ubat yang boleh cure kan. Doc pompuan ni nasib baik paham. Anak 1st kan. Dia layan je semua pertanyaan aku. Antara yang aku tanya:

1. Rasa pening dan mual datang balik macam awal2 dulu.
- Normal. Kebanyakan ibu, bila dia mencecah trimester ke tiga, dia akan alami balik perasaan masa trimester pertama. Ubat mual dan angin je la. Untuk pening. Just panadol.

2. Rasa letih yang melampau. Mengah and etc2.
-Normal. Faktor sebab baby makin membesar dan samalah seperti soalan pertama. Kalau rasa tak bermaya dan mengah semasa trimester pertama, dia akan rasa balik trimester ke tiga. Ubat dia banyakkan berehat.

3. Back pain yang teruk.
- As long tak de kene mengene dengan tulang belakang, itu okay. Normal. Faktor sebab pembawakan baby yang semakin membesar dan memberat. No ubat. Just kene betulkan posture. Bila duduk kena ada support dekat kerusi dan urut belakang tu. Letak minyak panas. Doc bagi aku ubat FLANIL - analgesic cream sahaja.

4. Kaki belah kanan bahagian daripada bontot rasa lemah dan sakit. Bila nak berdiri daripada duduk tu tetiba kaki jadi lemah dan tak function. Macam paralyzed untuk a few second.
- Normal. Kurang kalsium atau faktor baby mungkin memberat sebelah kanan. Kalau baby memberat sebelah kiri, kaki kiri yang akan effected. Yang ni aku ada tanya doc lain jugak. Sebab kurang kalsium pun ye. Tapi memandangkan susu aku tiap2 ari minum, tu aku tanya jugak. Yang ni doc cakap sebelum bangun tu, excercise sikit kaki tu dulu. Gerak2 kan sikit sebelum berdiri. In Sha Allah.

Yang tu je a few question yang aku ingat. Harap membantu menjawab persoalan sesiapa jugak. Walaupun a simple question tapi benda2 ni banyak menganggu aku untuk membuat sesuatu. So nak clearkan my mind, aku pun tanyalah pada yang lebih arif.

Alhamdulillah, penyakit2 berat macam kencing manis ke darah tinggi ke, so far aku tak ada. Mungkin Allah nak uji sakit2 kecik ni untuk aku jadi lebih kuat. Kan? Sape tahu kan? Hehe. So marilah kita positive kan diri walaupun pun keluhan tu kadang-kadang terkeluar jugak. Huhu

Wallahualam.

Thursday, July 3, 2014

Pregnancy: checkup 30 weeks

0

Bismillah

Assalamualaikum

Rajin pulak update blog sekarang walaupun tahu nan hado org nak membacanya. Aku memang suka membebel sorang2 lepas tu syok sendiri. Ekekeek.

Alkisah hari ni nak bercerita pasal checkup.

1st July 2014
Ini bukan checkup. Ini tarikh kena minum air gula ataupun dipanggil MGGT TEST dekat Klinik Kesihatan. So secara otomatiknya aku tidak berpuasa pada hari itu tapi aku kena berpuasa dari jam 10pm sampai 8am esok harinya.

Ini 2nd time minum air gula. 1st time ari tu bacaan cantik jugak. So selamat. Tak ada kencing manis. Biasalah kan, time mengandung ni macam2 penyakit boleh datang walaupun sebelum mengandung sihat walafiat.

Untuk pengetahuan, mengikut kefahaman aku la kan, perempuan yang hamil umur 25 tahun ke atas adalah diwajibkan untuk minum air gula 2 kali sepanjang tempoh kehamilan. Ditambah lagi ada history kencing manis dalam keluarga mahupun berat naik mendadak semasa mengandung. Kalau salah maaf. Itu info yang aku dapat lah.

Dalam family abah aku ada kencing manis dan pernah sekali berat aku naik mendadak sampai 5kg. Kihkihkih. Ini time hubby aku ada. Dia layankan aje apa aku nak makan. Aku nak makan ini, jommmm. Aku nak makan itu, jommmmm. Sekali bila time checkup hamek kau! 5kg naik! Nurse dah marah2 dh. Hehehe.

Tapi lepas hubby aku naik kapal je, berat aku maintain naik sekata. Tak naik banyak macam time laki aku ada. Dia within 500g to 1kg. So ok la kan. Takde nak tengok muka nurse menyinga. Tapi HB aku pulak makin low. Itu tatau nape. Padahal lifestyle aku sama je. Makan pun banyak benda2 berkhasiat (konon) and makanan tambah darah tapi setiap kali checkup turrrrunnn.. risau gak tapi selagi tak kaler merah dalam buku kesihatan tu ok lah. Huhu.

Ok back to minum air gula. Minum air gula adalah sangat tak sedap okay! Ko bayangkan ko bancuh 20 sudu besar gula dalam air suam. Then ko minum. Aku nak termuntah, tahannn je. Kang muntah kena minum balik. Baik tahan. Tak rela nak minum banyak2 kali.

So the result akan dapat within 2 3 weeks macam tu. Harap2 la gula aku paras normal. Aku takot untuk 2nd time ni sebab masa iftar 1st pose aritu aku balun donut big apple banyak. Huhuhu. Favourite kot. Memang tak menahan nafsu aku time tu.

2nd July 2014
Tarikh ni aku checkup dekat KPJ Kajang pulak. Mesti ada yang pelik kan nape aku kena checkup banyak tempat. Ke aku pernah tulis sebelum ni?

Ok takpe. Jom aku cerita balik. Lagipun hari ni agak rajin nak menulis.

At first, aku checkup dekat Klinik Kesihatan Sg. Chua (KKM) untuk buka buku merah semua tu lah. Orang kata penting buka buku merah ni. Kalau tercampak bersalin mana2 memang orang terima tak kesah la hospital kerajaan ataupun swasta sebab buku merah ni kira merekod semua pasal kita sepanjang tempoh kehamilan. Even kalau kau tak ada intention nak beranak kat hospital kerjaan pun, adalah lebih baik kau bukak je buku merah KKM. Gituuuu.. Aku ni ikut je cakap orang. Lama tunggu pun lama lahhh. Nasib baik tak yah kena bayar sesen pon.

Aku start buka buku merah ni dari usia kehamilan aku 11 minggu tak silap. Masa aku nak 3 bulan sampai lah aku 6 bulan. Dari 6 bulan tu, lepas disurvey2 dan ditimbang tara, aku dan suami decide nak beranak kat KPJ Kajang. Dekat dengan rumah dan review yang sangat baik dari orang ramai. So, start la journey aku checkup di KPJ dari usia kehamilan 6 bulan sampai sekarang.

Bila dah checkup dekat KPJ, aku malaslah nak pergi banyak2 tempat kan. Ingat nak terminate je checkup dekat KKM tapi nurse KKM kata tak boleh. Reason?

Dorang kena pantau aku sampai aku pantang dan kalau aku nak checkup anak aku dkt KKM jugak nanti, aku kena continue checkup dkt KKM.

Itu alasan dorang dan memang aku nak checkup anak aku dekat KKM pun nanti.

Nak tak nak terpaksalah aku continue checkup dekat KKM.

Ok habis cerita. Sambung balik cerita pasal checkup dekat KPJ.

Dekat KPJ mcm biasa aku checkup dgn Doc Ras. Satu2 nya doc perempuan muslim untuk O&G.

Aku datang awal dari biasa sebab ini 1st time aku pegi sorang. Lepas tu parking dekat situ sangat la susah. Kalau penuh aku kena parking luar which is i need to across the road. Dengan kereta yang sangat banyak, aku tak sanggup. So rela datang awal untuk dapatkan parking walaupun kena tunggu doc ras datang dalam 2 jam. Tak kesah. Kita tunggu je.

Resutl masa checkup dgn doc ras sangat.... tatau nak cakap sangat ape tapi...

Gula aku naik 4++. Doc terkejut dan mcm nak marah. Mungkin naik banyak ttbe kot walaupun di paras normal lagi. Tapi kan aku tak berani nak ckp aku makan donut banyak. Huhu. Sebab tu la aku risau result MGGT tu nanti.

Berat aku turun 1kg. Mbahhaa. Ni aku tatau nak suka ke tak. Tapi doc tak marah plak. Meh nak reveal berat aku sekarang. Sila jangan terkejut.

25/6 timbang dekat KKM -- 82.6
2/7 timbang dekat KPJ -- 81.5

1kg tu kan. Aku pelik gak. Makan banyak tapi berat turun. Betul ke tak badan aku ni. Hehe.

Pressure aku normal 90/120. Eh orang panggil pressure ke ape ek? Yang dia pam2 kat tangan tu? Aku dah lupe laa terms dia. Ala pandai2 la korang. Malas nak perah otak nak ingat. Huhu

Tapi pape pun, baby aku membesar dengan cemerlang. Sekarang berat dia 1.6kg. Doc puas ati, aku lagi la puas ati.

Dan hari tu jugak, doc ras offer nak buat 3d. Aku pun ok. Nak3! Tanda excited. Ini kiranya aku buat 3d untuk kali ke 3 or ke 4. Yang sebelum2 ni aku buat kat klinik lain tak berjaya ye. Baby paling or tutup muka. Dan bila doc ras offer, aku suka lah kan. Nak tengok muka baby mcm muka sape. Hehe.

Mula2 dah cantik dah kedudukan baby. Doc ras pun nak capture la. Tapiiiiii bila elok je doc ras nak tangkap dia pusing badan dia paling tempat lain. Huaaaaaaaa!! Frust mak kau tak tak!! Banyak kali tau!!. Huhu. Doc ras siap cakap. Nape tak nak bagi doc tengok muka awak?  Sob sob sob.. last2 doc ras cakap xpelah. Kite try next scan. :(

Tapi sempat lah aku nampak kejap muka anak aku. Rasanye comel macam aku gak. Hewhewhew.. ;p

So harap2nye next scan dapatlah tangkap. Hubby aku nk ckp ngn baby sebelum gi scan. Baby behave sikit kalau dengan ayahnya. Belum keluar perut lagi dah nampak peelnye. Huhu

ok lah. Itu je. Penat dah. Babai

Friday, June 27, 2014

Pregnancy: Perangai yang mengundang

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Aku sejak mengandung ni kemalasan tahap melampau-lampau. Sebelum mengandung memang dah malas tapi bila mengandung malas dia ganda kuasa soploh!

Masak malas. Kemas baju malas. Basuh baju malas. Nak kuar pun malas. Nak menyinggah lepas keje malas dan kekadang solat pun aku boleh malas. Astaghfirullah. Aku tatau la nak cakap ape dengan diri sendiri. Nak bagi penampar Jepun nanti sendiri pulak sakit.

Nasib baik la laki aku tak ada dekat sini. Kalau tak mesti kesian laki aku kan. Mesti rasa terabai. Ini nasib baik aku duduk dengan parent lagi sebab nak duduk sorang takut. Huhu. Parent aku ada bibik. Semua aku panggil bibik sekarang. Huhu. Nauzubillah betul perangai sekarang.

Kalau dulu, terasa nak makan pape, aku masak sendiri. Sekarang suruh bibik yg belajar masak. Aku bagitahu caranye. Basuh baju pun kalau sempat memang aku basuh sendiri sebab kekadang ada kain baju yang kite kena basuh gentle sikit kan. Sekarang takde. Semua suruh bibik masuk mesin. Bibik dah basuh, aku tinggal masukkan dalam almari je. Itupun malas jugak. Hadoiiii.. Ini kalau tinggal sendiri ni mesti rumah aku macam tongkang pecah.

Aku tak suka sangat mengharapkan bibik ni sebab kekadang kerja dia tak mengikut piawaian aku. Aku lagi puas hati buat sendiri. Bilik air yang aku selalu mandi pun aku sental sendiri. Kan selalu tepi2 dinding tu dia jadi berlumut sikit kan. Kekadang bibik dah basuh tapi bila aku rasa, aku tak puas hati. Tak cukup bersih. Aku sental lagi sekali sampai aku puas hati. Tapi itu sebelum mengandung la. Tengah mengandung ni dah tak larat nak duduk menyental. Sekejap je dah mengah dan sakit pinggang. Last2 tahan je la mata dan kaki merasa kekotoran yang tak habis di sental tu. Tunggu aku dah habis pantang semua. Memang aku buat gotong royong besar-besaran nanti. Huhu

Dan dengan kemalasan aku ni telah membuat laki aku geram. Kihkihkih.

Aku tak leh nak minum susu putih lain selain susu kambing. Dan susu kambing hanya satu jenis sahaja yang boleh terima sebab dia tak berapa hanyir iaitu susu kambing hiraq. Nak dapat kat kedai dan stokis memang susah. Memanjang tak ada stok. Nak cari tempat lain memang aku tak kuasa la nak mencari kan. Dah kedai biasa asyik tak ada stok je aku malas nak pergi banyak kali. So tertangguh tangguh la.. stok kat rumah pulak makin habis. Bila laki aku tanya memanjang aku bagi alasan penat nak singgah lagi la. Tak larat la. Ape la.. last2 dia geram dia turun kapal lepas habis duty dan pergi cari area kemaman tu. Akhirnya jumpa dan dia beli terus stok untuk 2 bulan sampai dia balik. Hehehehe. Nampak tak perangai isteri dia macam mana.. gerammmm je kan..

Nasib baik kapal tak ke tengah lagi. So boleh la dua pergi cari. Hehehe. Dan hari tu jugak dia pos kat aku. Aku ni memang suka nyusahkan laki aku. Dia jauh ke dekat ke, memang mengundangggg je kegeraman. Hahaha. Nasib baik dengan isteri, laki aku punya kesabaran yang sangat2 tinggi. Kalau tak habislaaàaaaaa..


Dan tak disangka laki aku belikan sekali kismis minda tu. Itu pun memang nak habis stok dah dan aku ingat bila dah habis nanti baru lah aku pergi beli. Lagipun kedai dia dekat je dan sentiasa ada stok. So aku takdelah beriya sangat nak pergi cari tapi agaknya laki aku paham isteri dia macam mana dia bantai pergi beli sekali. 

Aku bukak je dan nampak terus aku bantai gelak. Terasa diperli ye disitu. 

Perangai laki aku dah nampak dah. Kalau untuk anak apa2 je dia boleh buat. ^_^
Aku tatau nak jeles ke tak. Rasa macam melampau pulak jeles dengan anak sendiri kan. Hahaha. Anak aku tak keluar lagi dah jeles. Owhhh itu memang melampau!!
Takpelah nak, demimu.. hehehe

Suamiku, terima kasih lah. Walaupun banyak kena perlian daripada abang, tapi ayang redha sebab perangai ayang sekarang memang macam tu.. heheheh. Diharapkan abang terus dan terus bersabar ye. Panjang lagi perjalanan kesabaran abang ni. Hehehhe

Tuesday, June 24, 2014

Pregnancy: 29 minggu sudahh

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 29 minggu kandungan aku sekarang. Hari sabtu ni masuk 30 minggu. Perut pun dah besar ke depan. Makin susah nak bangun dari duduk. Makin susah nak tidur. Makin susah nak sujud. Bukan komplen ye. Just nak menceritakan simptom sekarang je. Untung2 kalau dapat bagi anak baca blog ni, biar dia tahu macam mana keadaan ibunya masa mengandungkan dia.

Nape ek mak aku dulu tak ada blog? kalau tak boleh baca moment2 dia masa tengah mengandung. Boleh jugak tahu susah payah dia mengandungkan aku dulu. Kan?

Pergerakan baby pun makin aktif sekarang. Kuat betul dia dalam perut ni. Entah apa yang dia buat tatau. Tersentak-sentak aku kekadang tu. Tapi bila aku letak tangan kat perut, dia diam. Hehehe. Comel. Hei.. tak sabarnya nak tunggu hari dia. Tapi make sure tunggu ayah dia balik dulu.

Last week hubby buat surprise balik ke rumah kejap. Dalam 2 hari. Terkejut mak tau. Aku kalau bab surprise2 ni payah sikit. Susah nak percaya. That's why I dont like surprise2 ni tapi dah nasib dapat hubby suka buat surprise, I layan kan ajeeee..

Hubby selalu tengah hari time lunch dia akan call lepas habis duty. Dia nak tidor la time tu. Nanti petang sambung balik duty dia. So, macam biasa lah kan. Tak expect pon pape. Tapi at the same time, baby bergerak active sangat3!!. Active daripada biasa. Yang aku ni jenis tak bergerak pun panic, bergerak active sangat pun panic. So, ngadu la kat hubby. Wassup2 kat dia. Nape baby semua ni. Risau bla3..... Tapi hubby relax je. Selalunya kalau wife dia ni panic, dia pun ikut panic gak. Lebih2 lagi pasal anak. Hehehe.

Last2, akibat kesian kat wife dia, masa dia dalam bas on the way ke KL, barulah dia bagitahu. Ingat nak buat surprise muncul dekat depan pintu pagar tapi tak sampai hati pulak rasanya lepas aku ngadu baby active sangat3. Dia kata baby dapat rasa tu ayah dia nak balik. Dia seronok la tu. Wahhh.. tetiba bonding tu sangat kuat okay! Elok ayah dia balik dia diammmmm je. Pun ibu dia panic! Nasib baik next day memang hari untuk checkup. Hubby teman sekali and Alhamdulillah baby normal tak ada pape. Baby suka buat ibu kecut perut tau.. Huhuhu. Hubby gelak2 je siap kata baby nanti mesti manja dengan ayah dia. Mesti close giler ni. T____T

Ni nak jeles ah ni... =(

__________________________________________________________________________________







Friday, June 6, 2014

Pregnancy: Entry pendek yang tak berilmiah..

0



Bismillah

Assalamualaikum.

Nota kaki: Tajuk atas: macam la pulak entry aku selama ni berilmiah sangat. Kui3. 

Ok. start cerita jom..

Alhamdulillah anak dalam kandungan aku dah nak masuk 6 bulan minggu depan. 6 bulan maksudnya 3rd trimester la kan. Haila anak kejap je ko dalam perut mak nih. Tapi ko jangan keluar masa bapak ko tak ada kat sini ye. Mak nak bapak ko tengok mak keluarkan ko. So ko kene tunggu bapak ko balik. Bila ko dah dengar suara bapak ko depan2 baru ko keluar ye. Tehehehe..

Dialog tu je la aku dok menyanyi kat anak aku sejak dua menjak ni. Risau pulak kan kalau tetiba dia tak sabar nak tengok dunia. Tak nyempat bapaknye balik kang dia dah keluar. Huhu

Pergerakan makin lama makin aktif. Tak mengira waktu dan saat dah sekarang. Kalau emaknya lapar lagilah dia aktif bergerak. Takpe nak, mak suka ko gerak2 dalam perut mak. Mak rasa bahagia sangat. Sampai kekadang mak terkejut jugaklah tapi sayang punya pasal mak orait jek. Tapi aritu mak ada terhimpit ko sikit. Masa mak nak tutup plug. Plugnya belakang katil so mak kena panjat katil untuk tutup plug tu. Sambil mak membongkok nak tutup plug tetiba mak tak dapat nak balancekan badan. Terhempap ko sekejap dalam keadaan meniarap. Nasib baik lah atas katil nak. Impaknya tak besar sangat. Kalau kat lantai tu, bukan ko yang menjerit kang. Mak ko ni yang meraung nanti. Alhamdulillah tak ada apa2 tapi ko protes jugak lah dengan duduk diam sehari tu sampai naik risau mak ko ni. Mak doa je ko tak ada pape. Alhamdulillah ko bergerak seperti biasa esoknya. Terima kasih anakku. 

Ewah. Macam cerpen pulak.

Aku cerita la kat suamiku yang jauh di lautan tu. Dimarahnya kita. Katanya yang aku buli anak dia. Eh3.. Pikior anak dia sorang la? Yang aku dok kendong ni bukan anak aku jugak lah? Gelak pulak laki aku bila aku cakap macam tu. Dan pesanan ringkas setiap kali nak letak talipon sekarang adalah “Jangan buli anak abang”. Hish.. Angin je rasa. Bila nak sebut I Love You pun rasa tak ikhlas dah. Huhu (--‘). Nasib baik jauh kalau tak mesti ada sesi merajuk. Dah jauh2 ni tak kose pulak nak merajuk sebab tahu tak ada sape nak pujuk. Huhu

Ermm apa lagi yek. Aku sebenornya tengah tunggu jam nak balik je ni. Tu yang merepek je ni sebab aku tak ada idea nak tulis apa. Eh jap. Idea tu ada tapi setakat tajuk je lah. Yang isi2 tu aku tak tahu nak menggoreng apa. Aku tahunya goreng nugget je. Itupun kekadang tak masak sangat dalamnya. Hehe.

Dah la. Takat tu dulu. Aku nak mengulor dengan melayan fb pulak. Keje dah abis. Bos dah balik. Jom kite curi masa tuk diri sendiri pulak. Hehe.

Daaaaaaaaaaaaa..


Thursday, May 15, 2014

Pregnancy: The beautiful feeling as mother.

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Rasa dah lama tak tulis blog di malam hari. Selalu siang time office hour saje. Malam masa rehatku kononya. Hehe. Apa-apa lah.

Malam ni tetiba rasa nak emosional pulak. Sebagai bakal ibu ni, In Sha Allah.

Semalam.. bermula detik checkup di kpj kajang. Actually ada 2 pilihan sebenarnya. Hukm or kpj Kajang. Finally ive decided to deliver at kpj kajang. Selepas di ambil kira pelbagai perkara. Jarak masa keadaan dan review yang baik from bloggers. Harap2 pilihan yang terbaik so far. Enough said. The emotional part pulak.

Maybe tak berapa emo bagi sesetengah yang membaca but it was so touching to me. The moment that i know my baby is growing fast in my tummy. Waa rasa nak nangis pun ada.

Dari sebesar kacang ke sebesar.. i can say besar limau barli kot from apps that i download. Hehe. Dalam masa 5 month and half. Masa memula checkup berat dia ringan sangat and sekarang 600gram++.. Almost 1kg.

Masa tengah scan, tengok gelagat dia pusing kiri pusing kanan. The way dia sleep. The way kaki dia tendang perut ibu dia. Dia menggeliat. It was so wonderful tau. And guess what? Gaya tidur was same like mine!! Mengiring dan letak tapak tangan kat bawah muka. U can imagine how can? So cute!
I like to sleep in that way and if my husband ada, aku suka tarik tangan dia and letak sama-sama dengan tangan aku. Terasa selamat. Wellllll i kan memang manjaaaa.. hehe..

I told ayah dia and he was so excited. Mengharapkan dia ada sekali masa tu to feel the beautiful moment with his wife. Oh, my husband sangat suka pergi scan. Suka tengok gelagat anak dia dalam perut ni. Kalau boleh hari2 nak scan. Hehe..

Sekarang makin banyak dan kerap aku rasa dia dok bergerak dalam perut ni. Sebelum ni sikit2 je. Sekarang banyaaaàkkkk sangat and aku suka!! Haha.. kalau tak gerak tu aku risau and try usap2 and goyang2 perut sikit. Mesti dia tension dengan mak dia ni kan. Suka kacau dia tido.. hehe..

Anddd yes aku teruja untuk tunggu dia keluar! Sapa yang tak kan? Setiap bakal ibu mesti teruja! And i hope my baby dalam keadaan sehat sejahtera. Tak sabar ibu nak jumpa baby. Hehe.

Perut pun makin besar. Badan pun makin besar. Kesemputan dan kemengahan tu makin2 terasa. Keberatan perut juga hampir terasa. Sakit di pinggang juga ada menyerang. Bak kata simptom pada ibu mengandung bila perut makn besar ni semua hampir terasa dah. Penat tu memang penat but just enjoy je la. Tension mcm mana nak turun balik berat je ni. Hahaha..

Apa2 pun, i was lucky to feel this. Alhamdulillah. Allah bagi kesempatan yang sangat berharga.

And this is latest u.. Ibu baru scan hari tu. Anak ibu tidur masa ni.

Anak ibu dah besar sikit. 13weeks. 

This is u sayang. 1st time ibu scan and tengok sayang. U r soooo little. :)


Baby, ayah dan ibu tunggu sayang keluar. Please survive sampai sayang keluar dan membesar dengan sehat dan sempurna ye. Ibu ayah tak sabar nak jumpa baby. Kita jumpa lagi 4 months lebih ye sayang. Please be a good anak to ur ibu and ayah. We always pray for u. We love u sayang!

P/s: i already knows my baby's gender. Hehe. Try to hide when typing this entry. Takut termention he or she. Hehehe. Poyo kan tapi buat masa sekarang biar family dekat je tau. But if u smart enough, u can see from my perut. Kan orang ada kata bentuk perut mcm ni utk anak apa rite? But.... sorry.. i refuse to put my picture here. Hehehe..


Wednesday, May 7, 2014

Hubby dan kapal

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Amikk.. sekali 2 entry kan. Entry ini ditaip pada 18/4/2014.. Ini entry lama2 yang semangat nak taip tapi malas mahu di publish ataupun idea sekerat-kerat. So mengambil masa berhari-hari untuk disiapkan. Hehe. Sabo je la..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kalau nak ikutkan, banyak entry yang mentioned hubby aku kerja kapal kan? Hari ni aku nak detail kan lagi kerja yang hubby aku buat dari pengetahuan aku yang minima ni.

Hubby aku mula kerja kapal akhir tahun 2010. Awal tahun 2011 kami start bercinta (tu pun nak bagitahu). So secara rasminya aku dah tahu kerja dia tu sejak bercinta lagi. Hubby aku tak ada apa2 sijil or degree bahagian perkapalan tau. yang ada hanyalah sijil mengenai electrical dan wiring ni. 

Oleh sebab nak join kapal ni, hubby kena ambil ujian atau sijil untuk membolehkan dia kerja di atas kapal. Ujian tu seingat aku dipanggil ujian boset. Procedure nak naik kapal sebenarnya banyak jugak lah. Kena buat medical checkup, kena ada passport untuk offshore. Tapi yang utamanya dulu kau kena ambil ujian boset ni. Sebab ujian tu adalah kunci segalanya untuk join kapal. Bayaran dia kalau tak silap dalam RM1500 atau lebih sikit kot. Aku pun tak hengat..

Rezeki pertama suami aku adalah dari company X. Tak lama pun dalam company ni. Dalam setahun je kot. Company ni ada problem sikit dalam menjaga staff2 dia. Malas la nak cerita. Aku pulak yang sakit hati nanti. Aniaya orang yang nak mencari rezeki. Hubby aku try cari kerja lain. Banyak CV yang dia hantar dekat company2 kapal ni dan akhirnya rezeki dia dapat dengan Alam Maritim. Sebuah company yang bagus dan menjaga jugak lah staff2 dia. Diterajui oleh seorang Haji. Bila orang yang beragama berniaga, In Sha Allah dia tak akan aniaya orang2 bawahan dia. In Sha Allah. Disebabkan kerja kapal ni adalah secara kontrak, hubby aku tak payah pun nak bagi resign letter untuk lompat ke company lain. So senang di situ. 

Hubby aku mula dari bawah. Dari kuli yang kena bersihkan deck kapal (bahagian depan kapal kalau tak silap) hinggalah dia jadi oiler sekarang. Aku tanya hubby aku oiler ni tahap mane? Dia kata orang kedua dari bawah. Oiler ni bahagian yang menjaga  dan maintain enjin2 kapal. Kalau kapal jalan, enjin rosak, oiler ni lah yang bertanggunggjawab untuk menengok enjin2 kapal sambil diperhatikan dan dipantau oleh senior dorang yang berpangkat engineer. Ok lah. Nak berjaya kena sabar kan. In Sha Allah lepas dah settle hal anak dan semua yang perlu, hubby nak ambil test lain pulak untuk naik pangkat dan tambah gaji. Gaji sekarang cukup2 makan untuk dia sorang je. Yang menampung anak bini adalah allowance. Dia tak nak macam tu. Nak ambil test tu bukan makan belanja sikit tau. Berpuluh ribu jugak lah. Sebab tu dia kena kasi settle keperluan yang wajib dulu baru decide nak kumpul duit untuk ambil test tu pulak. Test tu kira macam ambil diploma laa.. oh, sebab tu la aku tak boleh berhenti kerja. Kalau kapal dia naik tu tak jalan, makan gaji je tau. so, mane nak dapat belanja2 lain tu. Haaaa..jangan ingat orang kapal ni kaya tau. Yang kaya pangkat2 atas tu je.

Kapal yang hubby aku naik bukan satu jenis kapal je tau. Kapal laut ni macam2 bahagian dia jugak. Ada kapal untuk penumpang, ada kapal untuk accommodation, ada kapal untuk hantar barang dan ada kapal2 lain yang aku pun tak tahu. Kapal untuk penumpang ni, adalah kapal yang menghantar penumpang2 daripada petronas atau shell dari port ke pelantar atau sebaliknya. Sama lah yang lain ikut fungsi2 kapal tersebut. Paham sendiri lah ye. Malas nak explain satu2. Hehe

So pembahagian kapal yang dia akan naik bergantung pada kekosongan. Mana ada kosong, situ kau akan naik. Kalau dapat kapal yang jalan, Alhamdulillah ada rezeki berganda di situ. Kalau naik kapal yang tak bape jalan atau dalam maintainance, ermm alamatnya mungkin makan basic je la kau. 


Kapal2 yang selalu hubby aku naik kebanyakkannya  main dalam Malaysia sahaja. Kalau pergi luar pun still dalam Asia dan diwajibkan untuk berada di atas kapal 2 bulan sahaja atau lebih sehingga 3 bulan sahaja. Tak boleh lebih daripada itu. Itu yang aku tak bape ralat sangat lah untuk hubby aku terus kerja kapal lepas kahwin. Still kuat lagi untuk menanggung rindu. Hehehe

Ok.tu je la aku nak cerita pasal hubby aku dan kapal. Tahap kerajinan aku sampai disini nampaknye. Hehehe. Nanti sambung lagi apa bestnya bila hubby ni kerja kapal laut. 

Nanti bila aku rajin aku citer pulak kelebihan bersuamikan orang kapal laut ni. Hehe

Buhbye!!!
 
ini contoh kapal yang hubby aku naik. Besar kapal berbeza2 ye bergantung pada fungsinya    



 Ehsan: Pak Cik Google

Ini contoh baju yang hubby aku pakai. hubby panggil dia coverall. Tapi dia punya satu suit dari atas sampai bawah. Kaler pun macam2.
  Ehsan: Pak Cik Google