Tuesday, August 25, 2015

Aku isteri pelaut

0

Photobucket
Photobucket




Gambar atas tu husband bagi sebelum dia naik kapal 2 bulan lepas. Biasa lah bila dapat isteri cengeng kan. Konon itu untuk menaikkan semangat kita balik la padahal bukan baru sekali tu dia naik kapal. Hehehe. Yelah.. Sapelah yang sanggup nak berpisah dengan suami berbulan-bulan kan? Walaupun hakikat nampak biasa tapi si isteri je la yang tahu macam mana rasanya. Dengan nak bela anak sorang2. Nasib baik aku ni ada family yang boleh tolong2 so tak ada lah rasa susah sangat. Yang family jauh2 tu macam mana?

Aku meroyan hari ni dekat FB. Letak gambar atas ni dengan caption yang konon menyayat hati. Hehehe. Saje je la nak bagitahu. Nak menyedarkan orang yang dok memperlekehkan isteri2 pelaut ni. Diorang ingat kita ngada-ngada sangat kan. Ermm.. Orang tak pernah kene tinggal berbulan-bulan boleh la cakap lebat ye dak? Dok pung pang pung pang tapi bila kena kat batang hidung sendiri dia yang sakan meraung padahal kena tinggal seminggu je pun. Ha kekdahnya begitu la.. Tapi kawan2 FB aku baik2 je. Saje je la aku dok meroyan. Dah lama tak tulis status. Hehehe

Ada jugak kawan2 aku yang PJJ dengan suami. Ada jugak yang suami selalu outstation. Dok la tulis status meroyan jugak. Macam aku tulis hari ni la. Dok juga luah perasaan keluh kesah itu ini. Merintih meratapi semua bagai. Hurmmm

Aku bila dok baca ada la jugak kesiannya tapi kesian aku more to kata mengada ngada la. Hahaha. Yelah, PJJ tapi masih boleh contact hantar gambar bagai. Pastu hujung minggu ke public holiday ke boleh je jumpa2. PJJ aku boleh tahan lagi la dok merintih. Yang lakinya gi outstation seminggu ke bukan main lagi. Over nau2 dok merintih tu. Hahaha. Kesian aku boleh naik menyampah pulak. Hahahah

Maaf la ye. Nak meroyan tak payah selalu sangat kat FB tu. Orang meluat. Aku meroyan bila laki aku nak dekat balik je sebab apa tak tahu. Bila lagi dekat dia nak balik lagi meroyan rindu aku tu. Hahaha. So bila dah lama tak tulis status kat FB, apa salahnya berdrama sikit dalam FB tu kan. Bukan selalu pun. Hehehe tapi aku pasti ada jugak yang menyampah tu. Hahahha. Aku yang kadang2 up status pun org dok meluat apatah lagi yang kerap up status dok merintih rintih tu. Agak2 rasa ape? Huhuhu.

Ok la.. Saje nak bagitahu yang tu. Bertabah la isteri2 sekalian bila suami berjauhan untuk mencari seperiuk rezeki untuk anak bini. Buktikan yang korang mampu. Aku yang anak bongsu, manja and cengeng ni pun boleh. Apatah lagi korang2 yang lain. Ok? bye!

0 manusia baik: