Tuesday, April 26, 2016

Mama getting better

0



Alhamdulillah mama getting better.

Semalam dah start pergi ke masjid semula.

Dah boleh buat kerja rumah sikit2.

Dah banyak senyum2 dan membebel.

Slowly getting back to normal. Alhamdulillah.

Mama rupa-rupanya kena pukau with someone yang menjadi isu dalam family kitorang sekarang. Slowly kitorang tengah usaha sesuatu. Tahu mama kena pukau ni pun dari seorang ustaz yang berilmu pasal ni. Ini ikhtiar kakak aku la ni. Tapi ustaz tu cakap pukau mama ni akan slow2 hilang. Just jangan tinggalkan mama sorang. Kalau tak mama akan melayan rasa pukau tu.

Ustaz tu cakap lagi orang yang pukau mama ni tengah ada problem. Tu yang asyik kacau mama je. Minta duit. Hei.. sabo aje la aku.

Keje nak menyusahkan orang je malaun ni! Hish!

Tolong doakan mama kuat semangat ye!

TQ!

Monday, April 18, 2016

Mama aku sakit

0



Mama sejak akhir2 ni tak berapa sihat sangat. Bukan tak berapa sehat. Memang tak sehat. Physically dan mentally. Pysically badan sakit2. Pening kepala. Lemah2 badan and nangis2 so on. Mentally... ermm.. masalah. Yang ni tak mahu cerita la. Too secret.

Mama is not a real mama lately. Hari tu masuk hospital pun doctor cakap no use warded pun. They all cant detect what's happening tapi still ada check-up dan follow-up lepas ni.

Korang percaya sihir? Well, I do. Dan hati memang mengatakan mama tak sehat sebab tu. Kan zaman sekarang dah back to zaman jahiliah. Buat orang sana sini. Kakak aku tengah usahakan sesuatu. Hopes mama get back to become old mama dan sape2 yang buat mama tu dapat la balik sihir dia tu. Serabut sekarang family kitorang.

Please #prayformama.


Thursday, April 7, 2016

Nak Membebel

0



Rasa sunyi oi! Hahah! Baru entry lepas kata kental kan tapi biasa lahh awal2 ni memang terasa sunyi tu hebat lagi. 2 bulan dah biasa bertekak mengusik pastu tetiba senyaaappp.. Dalam bilik pun sekarang sunyi. Kalau tak ada lah adegan sergah menyergah kejar mengejar anak dengan ayah. Riuh macam ada pesta sukan dalam bilik tu. Huhu. Ni tetiba senyap. Nak main kejor2 idok la dalam bilik tu. Omak Alya ni lagi suka bacakan buku. Hahaha! Nak main kejar2 meh kite pergi tempat lapang sikit tapi bilanya? Balik pun dah nak dekat maghrib. Alya tu bukan boleh sekejap sekejap. Buatnya tak nak masuk rumah bila dah maghrib, tak ke aku jadi hulk nanti dok menjerit sana menjerit sini. Tak Kuasa~

Alya pun behave je tido awal sekarang. Boring kot dengan ibu dia ni. Hahahah! Kalau ada ayah dia pukul 11-12am baru nak tido. Ya ampun! omak kau nak kerja esok harinya nih!. Huhuhu. Last2 pas batton kat hubby suruh dia jaga. Aku memang tak larat dah nak bukak mata.

Hari ni puasa ganti. Lagi 2 bulan je kan nak puasa baru terhegeh-hegeh nak ganti puasa. Aku ada lagi 10 hari noks. Hahaha! Abah dah dok marah2 dah suruh ganti ni. Abah... anak dia dah jadi mak orang pun dok treat macam aku anak dara lagi. Hehehe. Aku memang dah plan bulan 4 bulan ganti puasa. So, don't worry abah! Your daughter knows the responsibility as a Muslim woman. ^_^

Minggu ni nak pergi lawat kawan aku baru lepas bersalin kat Shah Alam. Anak pertama. Ala.. geng #kmmangels jugak. Alhamdulillah bertambah umah Nabi Muhammad. Actually, dia bersalin awal bulan 3 hari tu. Saje la kitorang delay nak pergi tengok. Biar baby besar sikit. Sekarang dah sebulan dah baby tu. Dah kuat sikit dah boleh lah kita jenguk. Tak sabar nak pergi. Baby dia... Masya-Allah Subhanallah comelnye! Geram je tengok gambar. Padan la pun. Mak bapak pun cantik. Hehehe. Heiii rindu pulak nak ngandung lagi. EH?? ;p

Ni tadi pulak aku baru dapat berita geng masa kerja dekat Shah Alam dulu dah bersalin. Alhamdulillah. Meriah2!. Ingat nak pergi tengok next week sebab dia nak balik pantang dekat Kelantan. Lagipun dekat dengan office aku rumah dia. So, boleh la lari kejap time lunch.

Sorang2 bersalin wei. Kena cakap dengan hubby ni untuk kerja keras. Kena plan pergi honeymoon kali kedua kot ni. Hahaha! Target aku sebelum 30 dah ada 2 anak. In Sha Allah kalau dilimpahkan rezeki oleh Allah dan dipanjangkan umur. Amiinn..

Aku tengah slow2 nak turunkan berat balik ni. Hubby balik jahanam diet aku. Hari tu elok berat turun 5kg. Hubby balik naik balik 5kg. Stress mak oi! Ni nak turunkan lebih 5kg sebelum hubby balik. Kalau tak lagi lah sia2 diet mak asyik makan malam je. Kalau hubby tak ada aku malas nak masak. Hehehe. Aku masak sebab hubby nak makan je. Kalau tak memang jarang lah aku nak pegang senduk melainkan masak makanan Alya. Itu wajib la kan aku bagi anak aku makan. Kebuluran pulak kat rumah kalau aku tak masak sebab kat rumah tak selalu berasap walaupun ada akak aku. Masing2 nak makan tapi malas nak masak. End up masak nasi goreng telur letak sos dengan kicap. Perghhh lagi nikmat dari kari ikan. ;p

Ok. Ni aku membebel sia2 je ni. Melepaskan sunyi la kononnya. Ermmm. k lah. nanti aku post lagi dengan bersertakan gambar. Hambar je rasakan post tanpa gambar ni. Huhuhu

K bye.

Monday, April 4, 2016

Him: Dah pergi kerja balik

0




Macam ni la bila jadi isteri pada pelaut. 2 bulan ada 2 bulan tak ada. Macam chipsmore. Kejap ada kejap tak ada. Heheh

Kalau awal2 dulu berhhuhuhu la jugak bila dia nak pergi kerja tu. Lebih2 lagi masa tengah pregnantkan Alya. Tapi sekarang hati acik dah kental dah. Hahaha. Antara laki bini tak ada adegan meleleh dah. Yang ada pun hubby la sebab tak sanggup nak berjauhan dengan anak. Lagi2 sejak tak ada bibik ni, hubby yang jaga Alya, lagi lah terasakan. Nak tidurkan anak malam tadi pun dok meleleh. Kita yang kental ni pun jadi leleh jugak. Huhuhu.

Dialog bila hantar hubby ke stesen bas pagi tadi.

H: Ayg dah tak nangis kan bila abg nak pergi kerja?
M: Ermm tak. Sambil sengih. hehe
H: Bagus. Ayg dah cekal!
M: Perli ke apa? -_-

Kikikiki. Sebab kita dah ada teman. Bila dah ada anak, melayan karenah anak, tak sempat nak rindu dengan suami. Tup2 tiba2 je nak balik dah. Hahaha. Orang kata dah biasa dengan rutin tu kan. So kita jadi biasa lah. Sedih memang la sedih oi!. Sape tak sedih! Suami kot! Rasa sunyi kekadang tu ada lah sebab tak ada orang untuk kita bercerita, mengadu dan bermanja. Tapi... tak boleh layan sangatlah. Kalau layan memang bengkak la mata. Hahaha!

Orang nampak macam kita kuat tapi sebenarnya tak kuat mana pun. Kekadang tu dok mengeluh jugak. Rasa lelah dan letih semua kena buat sendiri. Tak ada penolong. Tapi takkan kita nak merintih kan. Kuatkan la jugak demi anak tercinta dan demi suami yang tengah cari rezeki tu. Kalau kita dok merintih sangat kesian pulak dekat suami tak senang buat kerja.

Kalau hubby tepon ke, mesti aku cakap semua ok. Kalau tak ok pun aku cerita gak tapi cerita selepas semua dah ok. At the end ceritanya sedap sikit dengar kan sebab tak ada benda nak risau dah. Benda dah settle kan. Lainlah kalau cerita tu memang dari awal dia tau so dia nak tau progress. Aku pun cerita aje la wpun kekadang cerita tu tak sedap dengar tapi at the end cakap la jgn risau. Semua blh handle. Hehehe. Kalau aku sakit, sebolehnya aku minta hubby tak call time tu. Minta2 dia call lepas aku dah sihat tapi selalu dia pyer instinct boleh tahan jugak. Time aku sakit tu la memang dia call. So tak boleh nak lari la kan. Niat tak nak buat dia risau jadi sebaliknya pulak. Apa boleh buat?

Hubby paling banyak membantu time dia balik kali ni sebab dah tak ada bibik. Rasa berterima kasih sangat wpun aku kali ni banyak temper sikit sebab penat Ya Rabbi Tuhan je yang tahu. Nak control pun tetiba jadi ke lain. Hubby banyak sabar.

Tq hubby. In Sha Allah raya tahun ni sama2 ek. Selamat pergi dan balik. Alya dengan ibu sayang ayah sangat2. Jaga diri bebaik. Muaaahhhh!!