Wednesday, November 1, 2017

Plan mengandung anak kedua

0



Ermmm actually sebelum aku kahwin lagi aku plan nak anak gap dalam 2 3 tahun sekali. Hahaha gigih tak I sebelum kahwin lagi dah planning? Kikiki

Seriously, dari aku zaman belajar lagi aku selalu cakap, aku nak kahwin dengan lelaki yang tak merokok, kahwin dalam umur 24-25 tahun dan dapat baby cepat. Kahwin je esok dah mengandung. Hahaaha. Kata-kata tu kan satu doa dan Alhamdulillah, suami aku tak merokok, aku kahwin umur 25 tahun, sebulan lepas kahwin aku dah disahkan mengandung dan gap antara anak pertama dan kedua aku 3 tahun. Kita hanya merancang dan Allah lah yang tentukan segalanya. Dia tahu mana yang terbaik.

Lepas melahirkan anak pertama, aku tak ambil apa-apa perancang baik yang makan, suntik atau masuk dalam badan sana sini. Aku memang amalkan natural planning. Alhamdulillah disebabkan period aku kiranya teratur juga dan cycle pun tetap, aku boleh buat la natural planning ni. Bila time subur, memang aku jarak2 sikit la dengan suami aku sebab takut terbabas. Heheh. Suami aku pun jenis kerja jauhkan so memang senang dan berjalan lancar la planning aku.

By the time alya dah 2 tahun, aku rasa aku dah sedia untuk anak kedua dan memang itupun target aku. Tak mahulah gap jauh sangat kan. Lagipun aku target nak dua orang anak sebelum umur 30 tahun. Eh-2 semua kau nak target.. hahaha

Sebelum alya nak cecah dua tahun, bila bersama memang pakai protection. Kalau tak ada protection pun aku kira ikut period cycle. So sepanjang planning tu Alhamdulillah tak terbabas. Aku risau gak kalau terbabas. Suami aku dah la kerja macam tu tak ada kat umah. Macam mana pulak aku nak handle anak2 kecik sorang. Ikut kemampuan la kan. Aku sedar kemampuan aku yang cepat panas ni so untuk kedamaian semua orang baik kita gapkan bebetul. At least alya dah 3 tahun tu dia dah faham arahan sikit2. Boleh la nak diharapkan untuk menolong sikit.

So bila dah bersedia, no protection no apa dah sebelum suami aku naik kerja. Time subur, kita pulun, tup tup bulan depan tu aku dah tak period. Muahaha! Oii dalam hati aku dah gabra.. Aku ni jenis terlalu subur ke apa? Huisshh ni memang kena extra careful. Takut terbabas banyak kali memang macam kilang dah aku. Huhuu.. Di sini kita kena pentingkan quality daripada kuantiti ok. Walaupun orang kata anak itu rezeki which is memang tepat tapi kena berjaga-jaga je lah. Takut anak tak terjaga diri sendiri merana. Kan?

So itulah dia. Alhamdulillah walaupun kita target boy sebab girl dah ada, tapi siapalah kita nak tentukan semua tu. Macam aku kata, kita hanya merancang Allah yang tentukan segalanya. Anak kedua perempuan juga pun dah rasa bahagia berganda. Alhamdulillah. Untuk boy, kita proses lagi InsyaAllah bila yang kedua dah 3 tahun.

Biarlah rezeki anak2 melimpah pada keluarga kami. Amiinn..

Aku doakan kawan2 yang lain pun dimurahkan rezeki berlipat kali ganda. aminn..

Abahku Kahwin Lagi

1



Ini mungkin tulisan panjang selain dari pengalaman waktu bersalin.

Lebih kurang 3 bulan mama pergi abahku kahwin lagi.
# Mengejut
# Last minit
# Tanpa perbincangan

Atas 3 sebab di atas tercetusnya konflik dalam keluarga. Terbinalah satu kepincangan yang mana kalau mama tengok mesti mama sedih.

Tanpa perbincangan dengan anak-anak, abah ambil keputusan untuk kahwin lagi. Tanpa sesi taaruf dan tanpa sesi suai kenal dengan bakal pasangan abah. Kalau ikut kaki par aku, itu ego orang tua. Bagi orang tua lebih2 lagi yang bergelar bapa, apa2 keputusan yang diambil tidak perlu disertakan dengan anak-anak. Entahlah.. Dan kata hati aku, akan ada masalah di kemudian hari. Instinct aku tak pernah salah setakat ni. Last2 memang betul. Hahaha!

Jujur aku kata ya, aku tak pernah marah abah kahwin lagi. Knowing abah, yes he would marry back kalau mama tak ada. Abah jenis lelaki yang manja. Semua pakai dan kelengkapan mama yang sediakan. Cuma abah cerewet bab makan. Itu mama malas nak layan. Abah nak makan ikut tekak abah, abah dipersilakan masak. Hahah tapi takpelah memang abah pandai masak pun. So bila mama tak ada, aku pasti 100% abah akan cari someone sebagai pengganti. Baru sebulan mama pergi, abah dah kata sunyi. Aku faham. Abah bertemankan mama lebih 40 tahun. Mama lah tempat abah bercerita dan bersembang. Tiba-tiba hilang kawan untuk bercerita, siapa yang tak terasa kan? Anak-anak nak take over tempat mama? Masing-masing ada keluarga dan hal sendiri. Sanggup nak teman abah 24 jam? Kerat jari tak ada siapa yang sanggup. Heh!

Tapi tindakan abah membelakangi kami sebagai anak-anak, memang buat aku terasa yang amat. Siapa kami pada abah? Bila abah announce abah nak kahwin lagi, dah ada tarikh yang ditetapkan dan belum pun lama mana lagi mama pergi. Tapi itu lah.. ego dan kesunyian orang tua, setakat manalah kami anak-anak nak faham. Daripada situ memang anak-anak mula tunjuk protes. Ada yang tak balik jenguk abah,  ada yang tak kesah tapi bila fikir balik apalah hak kita sebagai anak nak buat abah macam tu?

Kesian abah sekarang. Memang dia dah ada makcik untuk teman abah sekarang dan mungkin anak2 tiri yang boleh bagi abah happy tapi mana nak sama dengan anak2 sendiri? Kadang-kadang aku rasa nak nangis tengok abah walaupun geram dengan tindakan abah. Ia tak akan hilang sekelip mata tapi apalah dayanya orang tua yang berumur 70 tahun lebih nak puaskan hati anak2 yang ramainya dah berkeluarga. Mungkin kita tak Nampak apa yang abah Nampak. Mungkin kita tak fikir apa yang abah fikir. Kita anak je u ollss.. tapi hati orang tua?

Arwah mama memang tiada pengganti. Siapa lah yang boleh menidakkan kebaikan mama, kelembutan mama, keperihatinan mama dan ketegasan mama? Mama yang terbaik pada anak-anak. Mama mertua terbaik pada menantu. Bukan sempurna tapi mencuba sedaya mampu untuk jadi mama yang terbaik. Mungkin ada pincangnya tapi siapalah kita untuk menghakimi. Bila aku dah jadi ibu baru aku dapat rasa. Kita takkan dapat nak puaskan hati semua kehendak anak-anak. Ada yang baik ada yang buruk. Ada yang mampu ada yang tak mampu. Tapi usaha berterusan tu tetap ada dan mama tunjang dan akar pada keluarga kami selama ni. Perginya mama hilangnya seri. Perginya mama hilangnya harmoni. Perginya mama hidup penuh kesunyian. Perginya mama semua membawa diri. Perginya mama pohonnya makin rebah ke bumi.

Mama selalu menjadi rujukan pada institusi kekeluargaan. Selalu jadi kaunselor untuk yang memerlukan rujukan. Mama selalu menjadi idola pada orang luar. Tengok sempurnanya keluarga mama di mata orang luar. Tapi perginya mama kesempurnaan bagaikan tak pernah wujud.
Mama jenis yang beringat. Kesenangan anak-anak kemudian hari, mama banyak menyimpan. Abah pulak jenis boros. Memang padan lah kan. Bila mama pergi, banyak lah harta mama muncul. Harta sepencarian dengan abah pun semua atas nama mama dan disebabkan harta2 ni pun adik beradik aku jadi pentingkan diri dan bermasam muka. Bagi aku baiklah mama dan abah tak payah tinggalkan harta dunia ni pada anak-anak. Biarlah kami usaha atas kaki kami sendiri kalau begini jadinya. Aku tak suka! Terasa dulu aku ada keluarga yang bahagia tapi bila pasal harta je memasing bermasam muka. Apa nak dibuatnya musuh dengan adik beradik sendiri, dengan ipar duai? disebabkan harta?? Huh! tak sangka benda ni terjadi dalam keluarga aku.

Untuk beberapa bulan yang pertama memang aku terasa. Aku berdua dengan kakak aku dan anak2 tinggal di dalam rumah besar tu. Sunyi dia.. Allah.. nak menangis air mata darah sekalipun yang lain tak akan faham. Hujung minggu selalu ada yang balik untuk memeriahkan rumah besar tu tapi sekarang? Hari biasa ke hujung minggu ke rasa tetap sama. Sunyi. Macam duduk dalam gua. Orang lain tak akan faham. Kami yang duduk didalam rumah tu dengan mama dan abah dulu yang terasa sangat. Nampak dasar macam tak ada apa2 tapi cuba korek hati kami dalam2 barulah tahu macam mana keadaannya.

Yang lain hanya meluahkan keperihatinan melalui kata-kata tanpa tindakan yang sewajarnya. Selalu berkata di mulut perkataan kesian tapi balik jenguk pun tidak. Teratak tu boleh dikatakan bukan rumah keluarga lagi. Ianya rumah tinggal! Keperihatinan yang diluahkan semuanya palsu! Semuanya pentingkan diri sendiri. 

Nampak tak masalah family aku sekarang?
 1. Sebab abah kahwin tak menyempat
2.  Sebab harta

Panas dalam hati memang tak kan dilupa tapi kita ada akal untuk berfikir. Memang, tindakan abah salah, percaturan abah pun tak kena masanya tapi sampai bila kita nak buat abah macam tu? Sejak mama pergi boleh dikira dengan jari berapa kali je adik beradik aku balik ke teratak kami. Banglo yang besar tu semacam dah mati. Banyak bilik kosong yang dihuni jin je aku rasa sekarang. Abah balik jarang-jarang sebab kena bergilir dengan rumah makcik. Yelah, makcik pun ada anak kecil lagi. Tapi bila abah balik tu, aku rasa kesian sangat. Apalah daya aku nak layan abah lebih2 sebab terikat dengan anak kecil lagi. Diri sendiri pun aku tak terurus sangat. Kakak aku yang duduk sekali tu pun ikut kata hati dia semata. Mahu dilayan abah, dia layan. Kalau datang anginnya, pertanyaan abah pun dibiar bagai angin lalu. Siapa aku untuk menegur kakak aku yang nak menginjak usia 35 tahun? Aku hanya adik bongsu yang bagaikan tiada hak. Pengalaman hidup aku lagi nipis dari kulit bawang. Tapi aku sebagai ibu ada rasa. Faham dengan perasaan abah bila anak2 buat endah tak endah. Allahu, maafkan adik abah bagi pihak diri sendiri dan adik beradik yang lain.

Abah dah tua. Menghampiri usia 80an lagi. Mama dah tak ada. Doa ibu yang mustajab dah tak ada untuk mengiringi perjalanan hidup tapi redha abah masih ada lagi. Abah je la yang kami ada. Masa abah kita tak tahu bila. Masa kita pun kita tak tahu sampai bila. Aku tak mampu berbakti lebih pada abah tapi matlamat aku biarlah di usia tuanya dia tak berkecil hati lagi dengan aku. Sama macam matlamat aku pada mama dulu. Aku tak dapat nak menjaga di saat akhir mama sebab tengah sarat mengandung. Terima kasih pada kakakku sebab banyak mengorbankan setiap waktu untuk jaga mama. Kalau dia sedar, itulah waktu terbaik untuk anak2 untuk dapat menjaga orang tua. Mesti mama berterima kasih sangat3.

Hari ni, kami terima message dalam family group whatsapps. Abah meluahkan rasa yang aku rasa selama ini dipendam lumat dalam hati. Mungkin kerana rasa bersalah abah biarkan anak2 buat apa yang dirasa perlu pada mereka tapi di hati orang tua? Rasa bersalahnya aku bila akhirnya abah meluahkan kata terkilan dia.

Aku bukan anak yang baik, bukan solehah dan bukan sape2. Ibadat aku pun tunggang langgang. Tapi sejak jadi ibu hati aku cepat terusik bila mama atau abah tidak di santuni dengan betul dan sepatunya walaupun kadang2 aku pun membuat benda yang sama. Huhu manusia. Tapi kita ada iman walaupun sebesar kuman. Abah dan mama dah memberi pendidikan agama yang sepatutnya. Kita ada jiwa dan fikiran untuk kita muhasabah diri supaya beringat untuk tak membuat kesilapan yang sama berulang kali.

Mohon maaf pada kekurangan kata-kata. Saya adik bongsu yang punya hati sensitive.

Bukanlah nak membuka pekung di dada. Supaya ianya menjadi iktibar bersama. Siapa saje yang nak buka aib keluarga? Tapi hati ni tak tertahan. Mahu diluah pada siapa? Adik bongsu ini tak layak untuk menegur. Sendiri sudah besar panjang dan berakal.

Semoga keluarga kita sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t. Adik bongsu ini sayang semuanya. Walaupun tidak di zahir secara lahiriah tapi di lubuk hati ni penuh dengan kerinduan.

Ok nak nangis. Bye


Tuesday, September 12, 2017

12/9/2017 - Tiada ganti

0



Tiada kata yang dapat diucapkan pada rasa kerinduan ini. Allah Allah Allah..

12 September 2017.

It's supposed your 72 years birthday mama. Kalau kitorang nyanyi ramai2 lagu birthday mesti mama senyum lebar je pada anak-anak. Seronok atas peringatan dan perhatian daripada anak-anak sekali dengan cucu-cucu nakal mama join sama, seronok betul mama. Rindu nak nyanyi untuk mama.

Mama, no words can be describe how i miss u. Rindu nak share story dengan mama. Rindu nak meluahkan sesuatu pada mama. Rindu nak bertanya pendapat pada mama. Rindu nak lepak dalam bilik dengan mama. Rindu nak manja2 dengan mama. No words mama.. I miss you a lot.....

Cucu-cucu mama dah besar. Alya dah besar sungguh sampai dah boleh bersembang dengan dia. Kalau mama ada lagi mesti mama geram dengan dia. Hehe. Dia ingat lagi mama. Don't worry.. Macam yang mama minta, adik akan selalu ingatkan dia pada mama walaupun dia tak faham lagi.

Kalau tanya dia mana nenek, mesti dia jawab nenek dalam kubur. Kalau tunjuk gambar mama dia masih lagi ingat mama. Nampak tongkat mama, dia tahu itu mama punya. Barang-barang mama kalau ditunjukkan, dia masih lagi ingat dan tahu itu mama punya. InsyaAllah mama i will try my best untuk sentiasa dia ingat akan nenek dia yang tiada pengganti walaupun dia ada nenek baru sekarang.

How i miss your presence mama..

Al-Fatihah..

Thursday, August 24, 2017

Tragedi bi Bulan Februari: Bibik Baru Lari

0



Susulan dari cerita pasal maid baru  tahun lepas. Hahaha!

Boleh aku nak update balik sekarang? Hahah. Sekian lama dia sesat dalam draft sampai tak jumpa jalan keluar. Hehe.. Dah dah dah.. Jom throwback.

Ini tragedi di bulan Februari 2016 sebenarnya. Tertinggal sebagai darft rupanya dekat post aku tu. So mari lah kita rajinkan diri bercerita. Bulan lepas aku ada bercerita pasal family aku ada ambil maid baru dekat entry ini dengan harapan yang menggunung dia akan kekal lama macam maid2 sebelum ni tapi betullah orang cakap, langit tu tak selalunya cerah. Baru seminggu kerja maid tu lari dari rumah.

Dia tinggal semua baju bajan dia segala yang dalam atau luar. Yang dia bawa just HP dengan charger HP je. Macam benda dah plan dah. Huhuhu sedih aku nokkk..

Sebenarnya dari awal hati aku tak senang. Rasa tak selesa dengan bibik ni. Something fishy gonna happens kononnya. Last2 memang ye pun. Aku penah tanya dia ada 2 HP ke? Dia kata tak ada tapi selang beberapa hari aku nampak dia charge dua HP siap package nampak wallpaper dia dengan lelaki lagi. Itu aku dah tak sedap. Menipu pulak tu. Rasa ke tak selesaaan tu semakin menjadi-jadi. Nasib baik kat rumah ada mak ayah aku dan kebetulan laki aku baru turun kan. So aku tak ada ralat sangat nak tinggalkan Alya dengan dia sebab ada orang lain jugak.

Dia lari tu masa akak aku tengah mandikan Alya. Sebelum dia mandikan Alya tu, dia tengok la bibik tengah menyapu dekat luar rumah sambil kepala terteleng-teleng tengok luar pagar. Kat rumah masa tu semua ada ok. Aku dengan laki aku pulak otw balik rumah.

Sampai tu aku tanya la akak aku mana pergi bibik? Akak aku pun tak tahu sebab dia tengah mandikan Alya. Alya tak nak kat bibik lagi. Yelah baru lagi kan. Ok lah. Mungkin dia pergi ke kedai. Aku tunggu la kat rumah tapi sampai ke malam tak muncul2 si bibik ni. Hurmm so confirm la bibik ni lari. Menangis tak berlagu la aku lepas tu.

Puas aku telefon, aku message langsung tak berangkat dan balas. Telefon masih berdering dan message pun delivered ke tuan empunya badan tapi sampai ke sudah tak ada jawapan.

Pada ejen, aku bagitahu keadaan masa tu. Ejen macam terkejut tapi aku tak tahu la betul2 terkejut atau buat2 terkejut. Aku minta ganti dan kalau tak ada ganti aku minta balik duit aku RM3000 tu tapi maaf lah. Sampai sekarang nan hado! Bermacam-macam alasan yang diberi sampai satu tahap aku bosan. Tak apa lah mungkin bukan rezeki dah. Ada lah mana mana khilaf aku tu sampai jadi macam ni. Tak mampu dah nak cakap pape. Huhu. Husband aku pun redha aje lah.

Start dari bibik lari tu, aku pasrah lah cari pengasuh luar untuk jaga anak aku. Pencarian dalam masa beberapa bulan akhirnya membuahkan hasil. Bulan 6, selamatlah anak aku dalam jagaan orang lain.

Sejak daripada tu sampai lah sekarang ni, aku dah tak ambil bibik dah. Anak-anak aku pun ok dan aku senang hati. Cuma letih la sikit bila balik rumah kerja rumah pulak meniumbun. Ya Ampun! tu cabaran lain. Lain kali kita story mori.

Tuesday, August 22, 2017

Ibu anak dua

0



Cita-cita mahu anak 5 tapi 2 ni pun aku dah rasa restless. Haha! Macam mana lah orang beranak ramai tu boleh jaga seorang diri tanpa bantuan pembantu. I can't brain it. Husband dah surrender rasanya sebab dia ada tanya aku, "ayang nak anak berapa orang"? sambil tengah pegang baju yang dibasuh. Aku cakap nak 5. Muka dia start penyek. Hahaha!

Selalu bila husband balik dari bekerja dan bercuti 2 bulan, memang kebanyakan benda dia yang tolong buat. Aku just uruskan anak-anak je. Daripada basuh baju, basuh botol dan etc. memang kebanyakan dia yang buat. Aku bukan buli husband ya, itu tanggungjawab namanya dan dari situ juga dia boleh tahu susah payah aku dengan anak-anak masa dia tak ada. Kalau dia tak hargai juga aku yang jaga anak-anak dia tanpa dia, itu memang cari nahas.

Masa husband tak ada, kakak aku ada tolong sikit2 tapi aku tak boleh minta tolong sangat macam aku boleh minta tolong dengan husband. Dia tolong tengokkan kejap masa aku siap2kan barang-barang anak-anak aku pun dah cukup bagus. Tambahan lagi anak sulung aku sangat lah manja budaknya. Semua nak ibu padahal ada je benda dia boleh buat sendiri tapi nak juga ibu melayan dia. Ini kes cemburu dengan adik la sebab adik asyik dengan ibu je.

Nak diterangkan dekat budak umur 3 tahun keadaan sekarang ni manalah dia nak faham. Keadaan yang adiknya perlukan lebih sikit perhatian sebab masih kecil. Aku cakap beratus kali pun mana dia nak faham sangat. Cernanya sekejap je lepas tu mana dia kesah dah adik dia kecik ke tak, yang dia tahu dia nak ibu. Aduhai.

Ini baru anak dua kisahnya. Aku memang tak ada masa sebab si adik tak mahu letak. Dah biasa dimanjakan oleh pengasuh dan orang lain. Lepas tu kerjanya asyik nak melekap dengan ibu sampai overfeed. Macam mana ibu nak buat kerja? Nak buat kerja kenalah dukung dia tapi dia dah makin berat kesahnyaaa.. Huhu.

Walaupun segarang mana ibu ni, memang ibu lah yang akan dicari dulu. Walau selembut mana pun ayahnya, ibu yang garang ni juga dicari dulu. Itulah kuasa ibu namanya. Hehehe

I will just enjoy this moment. Bila rasa nak mengamuk aku start basuh pemikiran aku.

Anak bukan selamanya kecil. Mereka makin membesar dan makin kurang memerlukan perhatian daripada ibu bapa. Just enjoy the moment walaupun badan longlai giler. Banyak mana sangat la masa kau dengan anak-anak. balik kerja pun dah maghrib. Anak tidur pun awal. So enjoy sementara anak-anak perlukan ibu bapa sekarang ni.

Kesabaran aku melayan anak-anak, ermm aku lihat makin tinggi. Hahaha!

Bertegas itu biasa dengan suara sedikit ditinggikan dan di keraskan kalau anak-anak terleka sampai tak dengar cakap. Marah itu ada tapi mengamuk itu dah kurang sikit.

Aku nak jadi yang rapat dengan anak-anak. Aku nak jadi ibu yang anak-anak sentiasa perlukan aku walau sebesar mana mereka. Aku nak jadi ibu yang dirindui selalu.

Doakan aku. Dengan cabaran anak-anak sekarang dengan masalah sosial, masalah media sosial dan segala jenis masalah yang buat aku pening, aku harap anak-anak aku dilindungi. Apa-apa pun biar keluarga yang jadi rujukan. InsyaAllah.

Ibu anak dua yang bercita-cita nak jadi ibu anak lima jika dizinkan Allah. 😁


Wednesday, July 12, 2017

Pengalaman bersalin anak kedua

0



Sebelum aku lupa, baik up cepat cepat. ini pun ada yang dah lupa lupa ni. Huhu.

Kita cerita kronologi la ye.

17/4/2017
Checkup dengan Dr. Ras di KPJ Kajang. Yes, Dr yang sama aku beranakkan Alya.
Masa ni aku dah 39 weeks 1day. Tak ada tanda2 sakit langsung. Contraction memain tu biasa. Itu awal lagi dah rasa tapi setakat itu saja lah. Yang serius punya tak ada.

Due aku sepatutnya 23/4/2017. Masa checkup ni, dr. siap seluk bawah lagi dan pasangkan CTG dekat aku untuk cek jantung baby sebab aku kata mild contraction tu ada dan perut kerap mengeras waktu ni. Dr. cek, bukaan baru 1.5cm. Actually, last checkup pun kena seluk dan bukaan 1.5cm. So, 2nd time kena seluk tu tak ada progress pun bukaan. Balik aje la lepas tu. Masa ni Dr. cakap, kalau tak beranakkan jugak minggu ni, kita admit dan induce. OMG! 😭

18-24/4/2017
Dr. bagi aku cuti seminggu. Macam2 aku buat dari hasil google cara untuk cepatkan bukaan dan cepatkan beranak tapi sepanjang minggu ni memang tak ada tanda2 langsung. So, tarikh overdue aku tu, aku preparekan diri untuk di inducekan pada 25/4/2017 nanti.

Nak kata date period salah, aku dah cukup kira dah masa tu. Agaknya baby seronok sangat duduk dalam perut ni.

25/4/2017
Masa untuk menyerah diri. Pagi aku dah datang jumpa Dr. Ras. Seluk bawah still sama macam last checkup. Teruslah kita naik labour room. Labour room kat KPJ ni satu2 tau. Sebab tu suami boleh teman duduk sekali sepanjang kita dalam labour room. I kan manja. Nak suami 24 jam je depan mata time sakit nak beranak ni. Lagi pun biar dia tengok macam mana kita bertarung nyawa nak bagi dia zuriat.

 Induce yang pertama masuk melalui bawah. Pukul 11 lebih macam tu rasanya masa masuk tu. Dari awal masuk sampai lah pagi esok harinya 26/4/2017 tu, aku tak ada rasa sakit yang kuat pun. Bukaan pun sangat slow progressnya. Seingat aku sampai malam tu bukaan baru 3cm.

26/4/2017
Awal pagi nak dekat subuh, bukaan baru 3cm jugak lagi. Nurse call Dr. Ras bagitahu progression slow tapi Alhamdulillah baby masih ok walaupun ketuban dan pecah. Dr. Ras suruh bagi induce ikut drip pulak.

Dari hasil bacaan aku, melalui drip ni la yang paling sakit. Walaupun aku kononnya dah prepare dari awal, hakikatnya aku tetap takut dengan rasa sakit tu. Pukul 8-9am macam tu, drip dipasang, tak lama lepas tu aku dah rasa contraction sikit2. Bukaan baru 4-5cm aku dah rasa sakit sangat, Alhamdulillah ada progress kalau tak aku rasa dah kena tolak dewan operation dah. Huhu tapi itulah, contraction diaaaa lagi sakit masa Alya dulu. Huhu.

Dr. assume petang pukul 4-5pm dah boleh beranak. Dalam pukul 10-11am aku dah tak tahan dah. Last2 surrender mintak epidural. Hapuslah sudah prinsip no epidural sewaktu beranak ni. Huhu. Laki aku pun dok nyanyi2 suruh amik. Agaknya tak sanggup kena tarik kolar lagi kot. Hehe.

11-12pm Dr. Epidural buat keje dia masukkan wayar drip tu kat belakang aku.

Pukul 3pm aku dah beranak!

Cehh.. kalau aku tahan sikit tu...

Menyesal pun tak ada guna. Dah selamat bersalin pun.

Time meneran ni yang best. Masa Alya, time meneran tu ambil masa 10minit jugak. Yang kedua ni, Dua kali teran je baby dah poop! keluar. Masa ni laki aku bagitahu baby melompat bila keluar. Lama sangat duduk dalam perut, bila time keluar tu yang tak sabar2. Dr. nurse semua terkejut. Konon keluar sikit2 tapi lain pulak jadinya. Hehe. Nasib la. Asalkan selamat. Alhamdulillah.

Kali ni 1st time bonding dgn baby lama dan terasa sikit sebab tak bape penat. Heheh. Masa Alya, aku memang tak larat. Tak ingat pun bonding time tu. Sian kan. Huhu. dan jahit kali ni, sikit saje.. Alhamdulillah.

Lahirnya mujahidah pada 26/4/2017 pada jam 2.58pm dengan berat 2.79kg.
Fresh from the oven

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini kronologi kelam kelibut namanya sebab nak cepat habis. Eishh makin malas dah nak menulis sekarang..

*****
26/2/2017, mama pergi

26/4/2017 Safya lahir.

Janji Allah. Dia bawa pergi satu nyawa yang sangat bernilai, dia bagi satu nyawa yang bernilai juga. Seriously, aku sangkakan mama aku sempat jumpa anak kedua aku ni tapi dah takdirnya tertulis begitu. Tak ada siapa pun yang dapat menghalang. Harapan dan rancangan kita yang buat tapi yang tentukan ianya berlaku adalah Allah s.w.t. Agaknya sebab tu baby tak keluar kot. Nak sama date dengan arwah nenek dia. 😁

Untuk yang baby kedua ni en.suami dan aku mengharapkan lelaki lebih2 lagi suami aku, aku? tak dapat lelaki pun tak apa. Panjang umur kita proses lagi. Hehehehe. 

Scan yang pertama untuk tengok jantina masa tu 20minggu kot ke kurang lagi dari 20minggu, tak nampak sebab kaki dok ngepit. Masa tu scan dekat klinik biasa. Lepas2 tu aku scan biasa je. Tak minta doctor dah nak tengok jantina. Harapan aku anak sihat sudah. 

Yang finalnya tahu perempuan masa aku dah start follow up dekat KPJ Kajang. Pengalaman pertama dengan Dr. Rasliza dekat KPJ Kajang aku puas hati, so untuk 2nd time kita repeat doctor yang sama walaupun harga untuk beranak naik RM1000. Menangis lah di bucu katil kejap tapi untuk keselesaan kita teruskan mana yang puas hati supaya tak ada rasa kecewa di kemudian hari.

Masa cek dengan Dr. Ras tu, aku minta tengok gender, tup2 kejap je Dr. Ras sebut haaa ni dia gegirl. Hahah.. ok la takpelah gegirl. Jimat duit nak beli baju bagai. Barang2 kakak dia banyak lagi boleh recycle lebih lebih laju baju bajan yang berlambak tu. Total lost beli barang baby kedua ni adalah dalam seribu. Ini aku kira sekali dengan buaian, side bed dengan segala barang nak hantar rumah pengasuh jugak. Heheh. Kalau harga barang2 tak naik aku rasa, tak sampai seribu pun aku boleh dapat untuk semua barang2 yang aku beli tu. Hurmm..

Habis sudahlah pengalaman bersalin ni walaupun tak 100% aku cerita sebab banyak lupa! Haha! tapi mana yang penting tu aku letak. At leastnya kalau aku lupa aku pernah amik epi ke tak, sini aku boleh refer. Hehehe. 

Alhamdulillah untuk kesempatan atas semua nikmat ni. Walaupun banyak khilafnya, Allah masih beri yang terbaik. Semoga Allah kuatkan hati ini untuk terus mencari sinarnya, untuk terus menuju ke arah kebaikan.

*****

Untuk isteri2 yang masih belum berkesempatan untuk menimang cahaya mata, jangan terus berputus asa. Sentiasa percaya pada Allah yang mana apa sahaj yang terjadi, ada hikmahnya yang lainnya Allah nak tunjuk. Banyak bukti depan mata aku, pasangan yang tidak ada cahaya mata sampai ke tua tapi masih elok bersama siap masih romantik lagi tau. Mungkin kepercayaan pada Allah tu maha kuat. Apa pun, teruskan berdoa, teruskan berusaha.

Cuma ingat je..yang ada anak ni pun satu ujian jugak. Kalau tak betul galasnya, lagi teruk balasannya. Huhu. Sama2 kita berdoa sentiasa berada dalam kebaikan. Amin..



Ini masa admite hospital sebab jaundice

Now @ 2 months old

Kakak dan adik 



Tuesday, July 11, 2017

A sweet comeback

0



Wow, its been a while since my last post.

Too much to tell.. Too much to story.. tapi yang pasti semua dah lain as my previous entry wrote, mama has passed away and everything change.

Nanti aku start cerita satu persatu. From the birth of my 2nd daughter until our sorrow Syawal this year. Stay tune kalau nak bacalah. Hehe

As for now, babai dulu k.

Thursday, March 2, 2017

Hilangnya doa seorang ibu..

0



12/9/1946 - 26/2/2017

Al-Fatihah untuk mama tercinta. Damailah mama di sana. Berehat lah setelah setahun mama bertahan untuk sakit mama. Tiada kata yang dapat digambarkan betapa rasa kehilangannya kami tapi Allah lebih sayangkan mama. Maafkan kami anak2 sekiranya sepanjang penjagaan kami, mama ada terguris rasa dan hati. Bukan lah niat kami. Kami cuma nak mama kuat untuk melawan sakit mama supaya kita dapat bersama lama lagi tapi dah takdirnya tertulis begitu. Hilangnya doa seorang ibu. Hilangnya 1 barakah dalam hidup kami. Atas doa2 mama lah selama ini kami dapat menjadi seorang manusia. Atas doa2 mama lah kami tak terjerumus pada perkara2 yang tak sihat dan atas doa2 mama lah kami bahagia dengan hidup kami bersama keluarga kami.

Rindu yang tak dapat diucap. Tak dapat nak move on lagi. Dengan orang lain gelak ketawa bagaikan perkara biasa tapi hakikatnya hati ini, Allah je yang tahu. Tak kuat lagi adik nak duduk bilik mama lama2 sebab barang2 mama banyak tak kemas lagi. Barang2 makeup mama, baju2 mama, buku2 mama semua tak beralih lagi. Tak ada lagi kekuatan kami nak kemas barang2 mama. Tak kuat juga adik nak tengok gambar2 mama. Pasti air mata ni laju je turun tak nak berhenti.

Mama yang tegas tapi lembut hatinya. Tak boleh langsung tengok orang dalam kesusahan walaupun poket mama makin kering, tak sudah2 berusaha cari dana untuk bantu orang susah.

Mama yang sentiasa pegang Al-Quran bila ada masa kelapangan. Khatam dah berapa banyak kali dah. Selalu ingatkan anak2 untuk sentiasa baca Al-Quran.

Mama yang sentiasa lembut dan rindu cucu2nya. Pantang kena bodek dengan cucu.. Layulah hati seorang nenek. Hehehe ini comel.

Mama yang terlalu banyak kebaikan.

Mama yang terlalu risaukan anak2nya. Lepas ni mama tak payah risau lagi dah. Kami InsyaAllah ok.

Mama... adik rindu.. bukan adik tak redha.. adik cuma rindu.. Setiap masa rindu. Rindu sangat..


Wednesday, February 1, 2017

Bebelan yang tiada penghujung

0



Kau pernah rasa tak bila kau nak tolong dan nak buat tapi kau tak dapat nak buat semua tu dan kau rasa marah sangat3??! Pernah tak? Rasa kecewa dengan diri sendiri. Pernah?

Itu apa aku rasa sejak mama sakit ni. Aku tahu keadaan aku yang semakin sarat ni tapi ermm entah la, tak dapat nak get rid perasaan tu. Entry lepas bukan main semangat lagi konon nak fikir diri sendiri dengan keadaan mengandung sekarang tapi emosi ni hishh entah la nak cakap macam mana.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Last week SIL ada message cakap sorry sebab tak pernah tanya keadaan aku. Dengan pregnantnya, suami tak ada dan mama pulak sakit. Then aku cakap tak apa. Dah biasa pun tak ada siapa ambil kisah. Honestly, aku dah biasa lone ranger. Dulu pernah la juga tagih perhatian like bila nak keluar ajak orang teman etc.2 tapi bila aku built up diri sendiri dengan mind set nobody cares you especially siblings, aku hidup secara independent unless bila something tu memang aku perlukan bantuan dari orang lain, then, time tu baru aku minta tolong. Selagi aku boleh dan mampu pergi dan buat sendiri, i'll do it by myself. Itu apa yang aku fikir dan buat sebelum kahwin dan bila dah kahwin, dapat pula suami yang kerja di lautan sana tu, aku jadi tak ralat sangat maybe sebab dah biasa. Even ada anak sekarang pun benda tetap sama.

Nak jalan sorang2? Pergi je la jalan.

Nak makan sorang2 dekat kedai? Makan aje la.

Nak shopping sorang2? Silakan, lagi heaven.

Orang nak staring? Biarlah itu mata dia. Nak kesian sebab sorang2? Apa je yang dia tahu pasal hidup kita?

Sometimes jalan sorang2 ni lagi best. Pergi je mana kita nak pergi tak payah tanya dan tunggu orang. Aku paling benci waiting. Hehehe. Jenis tak sabar nak menunggu orang nanti aku baran.

Rasa sunyi.. Sape yang tak pernah rasa sunyi? Hahaha.. Aku pernah nangis banyak kali kot sebab rasa diri ni sorang2 tapi what to do. Face it la! Kekadang tu biasa lah mainan emosi. Fikir yang bukan2 apa semua tapi what to do? You can say I'm the most emotional woman here. I don't care because I admit that I am. Dengan umur aku 29 tahun sekarang ni, I don't care anymore apa yang orang cakap dan fikir. I have kid to take care and coming soon kids. Nak fikir orang sekarang bukannya aku untung pape.

Kadang2 bila suami balik pun, aku banyak gaduh dengan dia. Suami jenis nak melekat je. Pergi mana2 nak berdua. Kekadang aku rimas! Hahaha. Tu la padahnya bila dah biasa sorang2. Dengan anak aku sekarang ni pun yang sikit2 ibu sikit2 ibu ni pun kekadang buat aku baran. Aku dah biasa sorang2 pastu dapat suami dan anak jenis melekat, pastu dah tak ada masa nak sorang2, layan blues sorang2, siapa yang tak baran? Hahah tapi aku bukan lah nak dorang yang aku sayang ni pergi dari hidup aku. Honestly, even dah almost 4 years kahwin dan almost 3 years jadi ibu, aku still dalam proses nak biasakan diri hidup berteman. Hahah. Dengan anak aku sekarang aku ajak berteman. Teman la ibu pergi mana2. Dah jadi ibu kan, aku kena la biasakan diri juga dengan keadaan yang beranak pinak ni. Huhu.

Agaknya Allah dengar kot luahan hati aku yang sentiasa sunyi ni sebab tu Allah kurniakan insan2 yang sentiasa ingin melekat. Hahaha TQ Allah.

Dulu aku cepat sentap kalau pape hal dalam family, banyak yang tak update kat aku. Bila dah mind set bertukar dulu2 juga, aku jadi 'nak bagitahu, bagitahu, tak nak sudah'. Hehehe. Aku malas dah nak hegeh2 bertanya melainkan keadaan tu patut dan wajib untuk aku bertanya. Nampak macam selfish kan tapi lantak la. Sape suruh dari awal pinggirkan aku. Hahaha. Aku tukar mind set ni masa baru nak up. Ego tengah tinggi melangit, perasaan dan emosi yang kurang kawalan. So, bila dah sebati dengan diri tu, agak payah nak tukar mind set tu especially bila aku rasa 'lebih baik begitu'. Hehehe.

Ok la cukup la sesi luahan hari ni. Patut panjang lagi tapi banyak kerja pulak. So adiosa!

Thursday, January 12, 2017

Sembang Cerita

0



Kau tahu, punya berzaman aku punya header tu baru aku perasan aku salah eja. Mana pegi S aku dalam word describes tu ya? Huhuhu. Ok lantak kan di situ. Ingat aku rajin nak mengedit balik sekarang? Memang tak la ye. Nak update pun sempot~

Aku rasa memang aku akan update sebulan sekali je kot. ahaks! Bagus la ye. Bulan 8 1 entry, bulan 9 aku lupa kot. Bulan 10 1 entry, bulan 11 eh3 lupa lagi kot. Hahaha. Asal terok sangat tah. Start aku mengandung ritu la ni penyakit malas nak update tu 'Nauzubillah' sikit. Maaf la ye.

So apa nak cerita hari ni?  Kita mulakan dengan pregnancy la ye.

Alhamdulillah kandungan dah 25 minggu i.e 6 bulan kot kan? Aku tak reti sangat kira2 ni. Meloya muntah apa semua dah tak ada lah. Alhamdulillah tapi aku still tak boleh nk gosok lidah bila time gosok gigi tu. Mulalah teruwek uwek jugak. So bape bulan kiranya tak gosok lidah ni. Bau mulut sendiri pun aku tak tahan sekarang. Anak dara aku yang dah pandai cakap tu pun selalu tak nak aku peluk cium dia sebab dia kata ibu busuk. Huhhuhu.. sadis rasa diri.

Itu satu hal lah. Ermm..malas aku dah kurang dah tapi sebab sakit pinggang dan cepat penat, aku still tak buat kerja iye2 sangat. Memasak lagi aku out. Dah lama kot tak masak. Ada masak untuk bagi anak aku makan je. Diri sendiri? apa yang ada je aku makan. Nafsu makan kali ni tak sekuat nafsu makan masa pregnant kan alya. Kali ni macam terkawal sikit. Tak adalah sikit2 lapar sikit2 nak mengunyah tapi berat tetap maintain naik banyak ok. Stress aku. Huhuh. Disebabkan aku yang overweight ni, setiap 2 hari kena cek BP and pregnant kali ni kena minum air gula 2 kali!. Masa alya sekali saje tau. Adehhh..

Mencabar sikit la pregnant kali ni. Disebabkan laki aku dah naik keje awal bulan 1 aritu, aku makin cepat letih dan kuat marah sikit. Badan letih kan, mood mesti ke laut je. Sian alya tapi slow2 aku control la. Takkan setiap masa dia nak kena marah je. Aku pun selalu slow talk dengan dia. Alya kene dengar cakap ibu tau, kena baik2. Ibu tak larat. Ibu tak suka nak marah2. Alya suka ke ibu marah2? haaa.. pandai pulak dia geleng kepala. So dari situ dia mendengar kata sikit dan tak buli ibu sangat . Hehehe. I love my daugther.  Sakit pinggang pulak tak payah nak cite. Nak menangis rasa. Huhu. Kalau ada en.suami boleh jugak release pain tu dengan mintak tlg dia urut. Ini dia tak ada tertahan tahan la kau seorang diri. Hurmm.. rindu laki ku. Tu la bila dekat gado2. dah jauh baru terasa. Hehehe Dasar isteri tak tahu untung. I love my husband.. gituuu..

Apa lagi mencabar? Ermm Mama aku masuk hospital. Aku tak tahu pernah cerita tak dalam ni. Mama ada breast cancer sebelum ni lama dulu masa aku sekolah lagi. Dah treated tapi tahun 2016 yang lepas cancer tu datang balik dan serang bahagian badan mama yang lain i.e tulang. Kalau dulu mama buat kimo dan time tu badan mama still kuat lagi nak melawan tapi sekarang ni mama just ambil ubat je. Badan mama tak kuat dah nak buat kimo. Mama makin lemah la dengan tak lalu makan, badan tak larat aje. Makan muntah makan muntah. So, sabtu lepas mama masuk hospital sebab condition mama makin teruk.

Time mama sakit mesti masa aku tengah mengandung. Sebelum ni pun mama tak boleh nak jalan. Kenapa tah dengan kaki mama. Pijak lantai je sakit tapi masa tu badan mama sehat lagi cuma tak boleh jalan je la. Nak kemana-mana kena naik kerusi roda. Time tu aku tengah ngandungkan alya. So memang tak larat la nak kendong atau papah mama. Nasib baik ada akak aku yg x keja time tu. Dia lah yang jaga mama. Kali ni pun keadaan mama terok masa aku tengah ngndong jugak. Pun aku tak dapat nak jaga mama sangat. Nak kendong atau papah mama pun tak dapat sebab condition aku ni. I is sad tau. Boleh layan mama gitu2 je la. Nak buat lebih2 tak mampu. Ada sekali tu akak aku keluar. Aku la yang jaga mama. Masa tu perut tak besar lagi. Boleh la konon dengan yakinnya untuk jaga mama. Dengan alya yang sikit2 ibu sikit2 ibu tu, aku cuba la kan. Sekali kauu.. 2 hari badan aku sakit. Sakit yang sakit sangat tau. Dari pinggang, punggung sampai ke kaki. Huwaaa! nak nangis. tapi aku tak tunjuk sangat yang aku sakit. Tahan sorg2 je. Aku tak nak layan sangat sebab ada anak sorang tu nak dibagi perhatian jugak kan. So telan aje la panadol dan time malam tu aku gunakan sebaiknya untuk dapat tidur dan rehat yang cukup.

Start dari time tu aku tahu aku tak boleh paksa badan. Mama takpe, biar adik beradik yang lain jaga. Anak aku, kalau aku sakit, sape nak jaga? Aku bawak nyawa jugak dalam perut ni. Kalau ada pape macam mana? Terkilan la jugak sebab tak dapat nak jaga mama lebih2 tapi aku kena fikir mendalam juga. Kan?

Papepun, tolong doakan mama sehat sepenuhnya ye sape2 yang baca ni. Doakan untuk kami sekeluarga ye. Doa anda InsyaAllah mungkin antara doa2 yang termakbul oleh Allah. Kita tak tahu kan. Terima kasih banyak2.

Ok lah. Dah tak lalu nak taip dah. Harini berkesempatan sikit nak menulis sebab hari ni aku half day dan kebetulan pagi ni tak banyak sangat keje.

InsyaAllah jumpa lagi kita next entry nanti ye. Bye!