Thursday, May 15, 2014

Pregnancy: The beautiful feeling as mother.

0

Bismillah..

Assalamualaikum..

Rasa dah lama tak tulis blog di malam hari. Selalu siang time office hour saje. Malam masa rehatku kononya. Hehe. Apa-apa lah.

Malam ni tetiba rasa nak emosional pulak. Sebagai bakal ibu ni, In Sha Allah.

Semalam.. bermula detik checkup di kpj kajang. Actually ada 2 pilihan sebenarnya. Hukm or kpj Kajang. Finally ive decided to deliver at kpj kajang. Selepas di ambil kira pelbagai perkara. Jarak masa keadaan dan review yang baik from bloggers. Harap2 pilihan yang terbaik so far. Enough said. The emotional part pulak.

Maybe tak berapa emo bagi sesetengah yang membaca but it was so touching to me. The moment that i know my baby is growing fast in my tummy. Waa rasa nak nangis pun ada.

Dari sebesar kacang ke sebesar.. i can say besar limau barli kot from apps that i download. Hehe. Dalam masa 5 month and half. Masa memula checkup berat dia ringan sangat and sekarang 600gram++.. Almost 1kg.

Masa tengah scan, tengok gelagat dia pusing kiri pusing kanan. The way dia sleep. The way kaki dia tendang perut ibu dia. Dia menggeliat. It was so wonderful tau. And guess what? Gaya tidur was same like mine!! Mengiring dan letak tapak tangan kat bawah muka. U can imagine how can? So cute!
I like to sleep in that way and if my husband ada, aku suka tarik tangan dia and letak sama-sama dengan tangan aku. Terasa selamat. Wellllll i kan memang manjaaaa.. hehe..

I told ayah dia and he was so excited. Mengharapkan dia ada sekali masa tu to feel the beautiful moment with his wife. Oh, my husband sangat suka pergi scan. Suka tengok gelagat anak dia dalam perut ni. Kalau boleh hari2 nak scan. Hehe..

Sekarang makin banyak dan kerap aku rasa dia dok bergerak dalam perut ni. Sebelum ni sikit2 je. Sekarang banyaaaĆ kkkk sangat and aku suka!! Haha.. kalau tak gerak tu aku risau and try usap2 and goyang2 perut sikit. Mesti dia tension dengan mak dia ni kan. Suka kacau dia tido.. hehe..

Anddd yes aku teruja untuk tunggu dia keluar! Sapa yang tak kan? Setiap bakal ibu mesti teruja! And i hope my baby dalam keadaan sehat sejahtera. Tak sabar ibu nak jumpa baby. Hehe.

Perut pun makin besar. Badan pun makin besar. Kesemputan dan kemengahan tu makin2 terasa. Keberatan perut juga hampir terasa. Sakit di pinggang juga ada menyerang. Bak kata simptom pada ibu mengandung bila perut makn besar ni semua hampir terasa dah. Penat tu memang penat but just enjoy je la. Tension mcm mana nak turun balik berat je ni. Hahaha..

Apa2 pun, i was lucky to feel this. Alhamdulillah. Allah bagi kesempatan yang sangat berharga.

And this is latest u.. Ibu baru scan hari tu. Anak ibu tidur masa ni.

Anak ibu dah besar sikit. 13weeks. 

This is u sayang. 1st time ibu scan and tengok sayang. U r soooo little. :)


Baby, ayah dan ibu tunggu sayang keluar. Please survive sampai sayang keluar dan membesar dengan sehat dan sempurna ye. Ibu ayah tak sabar nak jumpa baby. Kita jumpa lagi 4 months lebih ye sayang. Please be a good anak to ur ibu and ayah. We always pray for u. We love u sayang!

P/s: i already knows my baby's gender. Hehe. Try to hide when typing this entry. Takut termention he or she. Hehehe. Poyo kan tapi buat masa sekarang biar family dekat je tau. But if u smart enough, u can see from my perut. Kan orang ada kata bentuk perut mcm ni utk anak apa rite? But.... sorry.. i refuse to put my picture here. Hehehe..


Wednesday, May 7, 2014

Hubby dan kapal

0

Bismillah

Assalamualaikum..

Amikk.. sekali 2 entry kan. Entry ini ditaip pada 18/4/2014.. Ini entry lama2 yang semangat nak taip tapi malas mahu di publish ataupun idea sekerat-kerat. So mengambil masa berhari-hari untuk disiapkan. Hehe. Sabo je la..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kalau nak ikutkan, banyak entry yang mentioned hubby aku kerja kapal kan? Hari ni aku nak detail kan lagi kerja yang hubby aku buat dari pengetahuan aku yang minima ni.

Hubby aku mula kerja kapal akhir tahun 2010. Awal tahun 2011 kami start bercinta (tu pun nak bagitahu). So secara rasminya aku dah tahu kerja dia tu sejak bercinta lagi. Hubby aku tak ada apa2 sijil or degree bahagian perkapalan tau. yang ada hanyalah sijil mengenai electrical dan wiring ni. 

Oleh sebab nak join kapal ni, hubby kena ambil ujian atau sijil untuk membolehkan dia kerja di atas kapal. Ujian tu seingat aku dipanggil ujian boset. Procedure nak naik kapal sebenarnya banyak jugak lah. Kena buat medical checkup, kena ada passport untuk offshore. Tapi yang utamanya dulu kau kena ambil ujian boset ni. Sebab ujian tu adalah kunci segalanya untuk join kapal. Bayaran dia kalau tak silap dalam RM1500 atau lebih sikit kot. Aku pun tak hengat..

Rezeki pertama suami aku adalah dari company X. Tak lama pun dalam company ni. Dalam setahun je kot. Company ni ada problem sikit dalam menjaga staff2 dia. Malas la nak cerita. Aku pulak yang sakit hati nanti. Aniaya orang yang nak mencari rezeki. Hubby aku try cari kerja lain. Banyak CV yang dia hantar dekat company2 kapal ni dan akhirnya rezeki dia dapat dengan Alam Maritim. Sebuah company yang bagus dan menjaga jugak lah staff2 dia. Diterajui oleh seorang Haji. Bila orang yang beragama berniaga, In Sha Allah dia tak akan aniaya orang2 bawahan dia. In Sha Allah. Disebabkan kerja kapal ni adalah secara kontrak, hubby aku tak payah pun nak bagi resign letter untuk lompat ke company lain. So senang di situ. 

Hubby aku mula dari bawah. Dari kuli yang kena bersihkan deck kapal (bahagian depan kapal kalau tak silap) hinggalah dia jadi oiler sekarang. Aku tanya hubby aku oiler ni tahap mane? Dia kata orang kedua dari bawah. Oiler ni bahagian yang menjaga  dan maintain enjin2 kapal. Kalau kapal jalan, enjin rosak, oiler ni lah yang bertanggunggjawab untuk menengok enjin2 kapal sambil diperhatikan dan dipantau oleh senior dorang yang berpangkat engineer. Ok lah. Nak berjaya kena sabar kan. In Sha Allah lepas dah settle hal anak dan semua yang perlu, hubby nak ambil test lain pulak untuk naik pangkat dan tambah gaji. Gaji sekarang cukup2 makan untuk dia sorang je. Yang menampung anak bini adalah allowance. Dia tak nak macam tu. Nak ambil test tu bukan makan belanja sikit tau. Berpuluh ribu jugak lah. Sebab tu dia kena kasi settle keperluan yang wajib dulu baru decide nak kumpul duit untuk ambil test tu pulak. Test tu kira macam ambil diploma laa.. oh, sebab tu la aku tak boleh berhenti kerja. Kalau kapal dia naik tu tak jalan, makan gaji je tau. so, mane nak dapat belanja2 lain tu. Haaaa..jangan ingat orang kapal ni kaya tau. Yang kaya pangkat2 atas tu je.

Kapal yang hubby aku naik bukan satu jenis kapal je tau. Kapal laut ni macam2 bahagian dia jugak. Ada kapal untuk penumpang, ada kapal untuk accommodation, ada kapal untuk hantar barang dan ada kapal2 lain yang aku pun tak tahu. Kapal untuk penumpang ni, adalah kapal yang menghantar penumpang2 daripada petronas atau shell dari port ke pelantar atau sebaliknya. Sama lah yang lain ikut fungsi2 kapal tersebut. Paham sendiri lah ye. Malas nak explain satu2. Hehe

So pembahagian kapal yang dia akan naik bergantung pada kekosongan. Mana ada kosong, situ kau akan naik. Kalau dapat kapal yang jalan, Alhamdulillah ada rezeki berganda di situ. Kalau naik kapal yang tak bape jalan atau dalam maintainance, ermm alamatnya mungkin makan basic je la kau. 


Kapal2 yang selalu hubby aku naik kebanyakkannya  main dalam Malaysia sahaja. Kalau pergi luar pun still dalam Asia dan diwajibkan untuk berada di atas kapal 2 bulan sahaja atau lebih sehingga 3 bulan sahaja. Tak boleh lebih daripada itu. Itu yang aku tak bape ralat sangat lah untuk hubby aku terus kerja kapal lepas kahwin. Still kuat lagi untuk menanggung rindu. Hehehe

Ok.tu je la aku nak cerita pasal hubby aku dan kapal. Tahap kerajinan aku sampai disini nampaknye. Hehehe. Nanti sambung lagi apa bestnya bila hubby ni kerja kapal laut. 

Nanti bila aku rajin aku citer pulak kelebihan bersuamikan orang kapal laut ni. Hehe

Buhbye!!!
 
ini contoh kapal yang hubby aku naik. Besar kapal berbeza2 ye bergantung pada fungsinya    



 Ehsan: Pak Cik Google

Ini contoh baju yang hubby aku pakai. hubby panggil dia coverall. Tapi dia punya satu suit dari atas sampai bawah. Kaler pun macam2.
  Ehsan: Pak Cik Google

Pregnancy: Bujang kembali dengan perut boyot

0



Update: 29/4/2014 -- ini sebenarnya entry lama tapi terperap lama sebab malas nak publish. Boleh?? hehe..

Bismillah..

Assalamualaikum semua..

Aku dah kebujangan kembali untuk 3 bulan. Keberangkatan hubby ke Kemaman diiringi dengan senyuman menawan sambil bertakung air mata. Konon nak tunjuk diri sendiri kuat la tu. Huhu. Tapi bila masuk bilik, alahaiii sunyinya rasa. Kalau tak selalu gaduh2 manja dengan hubby.

Takpelah. Ini dugaan untuk kami. Sabar dan pasrah je la ye. I kan kuatttttt!!

Hari ni nak cite keeksaitedan aku sebagai bakal ibu. Kan haritu meroyan dalam ni kata tak rasa baby gerak la apa kan. Alhamdulillah sekarang aku dah rasa. Walaupun tak nampak lagi tendangan padu si kecil dalam ni disebabkan ketebalan perut yang melampau, tapi aku dapat rasa pergerakan dia. Tak tahu lah apa yang dia buat. Bersenam agaknya. Hehe

Selalunya hubby yang dengar dia gerak2. Untuk 3 bulan ni nan hado la ye. Tunggu la dia gerak2 sambil usap2 perut sendiri. Huhu. Waaaaaaa!! Rindunya dekat suamiku!!! Baru sehari dia pergi kot. *sob sob sob*

Selalunya baby akan aktif start dari maghrib sampailah ke tengah malam. Kadang2 tengah tidur rasa jugak dia gerak. Tapi kadang2 tidur mati, tak de lah nak rase kan. Time baby gerak2 tu, belai2 perut sikit then dia senyap. Hehe. Comel jek….

Alhamdulillah lah semuanya mengikut perancangan yang baik dari Allah S.W.T. Dari awal mengandung sampailah sekarang tak adalah teruk sangat walaupun kadang2 rasa restless jugak. Hari tu hubby cerita isteri kawan dia ada yang teruk2 morning sickness pastu ada yang mengidam bukan2 sampai susah nak cari. Kesian dekat kawan dia. Kawan dia pun kata bersyukurlah isteri kau tak ada benda2 teruk. Morning sickness teruk ke mengidam teruk2 ke. Aku sampai pening kepala ni ha. Huhu.

Hubby pun berterima kasih la kat isterinya yang comel ni sebab mengidam benda yang senang dapat sepanjang dia balik ni. Tak ada lah teruk sangat dia nak mencari. Hehe. Aku bukan mengidam. Banyak pada teringin sebenarnya. Teringin pun benda yang memang senang sangat nak dapat. Samada nak bawak ke tidak. Tu je. Tapi Alhamdulillah, sepanjang suami balik ni apa yang teringin aku nak makan tu, banyak yang dia tunaikan. Sian suami perabis duit. Huhu. Nasib baik dapat suami yang tak berkira pasal makan ni sebab dia pun kaki makan jugak. Hehe.

So, bila suami dah start bekerja ni, dia siap pesan jangan teringn benda bukan2 sepanjang abang tak ada ni. Nak apa2 tunggu abang balik. Huhu. Sedap je dia pesan gitu ye. Kalau nak something kena tunggu 3 bulan baru dapat. Tersiksa jiwa batin I tauuu.. huhu. Dah tu dia balik kita dah 8 bulan pulak tu. Kalau baby tak nak kuar lagi boleh la gigih mencari nanti. Kalau tak sempat? Jangan baby meleleh air liur nanti dah leee..